Dalang Curi Kabel Tumpas, Polis Berjaya Selesai 15 Kes Curi Kabel Bernilai RM45K Di Sibu

6 Oct 2024 • 3:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Geng curi kabel ‘Geng Dexter’ berjaya ditumpas polis

Dalang Curi Kabel Tumpas, Polis Berjaya Selesai 15 Kes Curi Kabel Bernilai RM45K Di Sibu. Dilaporkan bahawa, polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai ‘Geng Dexter’ yang terlibat dalam kes kecurian kabel di menara telekomunikasi sekitar Sibu, sekali gus menyelesaikan 15 kes dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM45,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, kumpulan ini terdiri daripada tiga lelaki berusia antara 28 hingga 40 tahun, yang dipercayai telah aktif mencuri kabel sejak awal tahun 2024.

image is not available
Dalang Curi Kabel Tumpas, Polis Berjaya Selesai 15 Kes Curi Kabel Bernilai RM45K Di Sibu. Sumber foto: Berita Harian

Sasar menara pencawang telekomunikasi di kawasan terpencil

Beliau berkata dalam kenyataan medi, modus operandi kumpulan ini adalah dengan menyasarkan menara pencawang telekomunikasi di kawasan terpencil, mencuri kabel dan komponen bateri, sebelum menjual hasil curian tersebut.

Beliau menambah bahawa ketiga-tiga suspek berjaya ditangkap menerusi beberapa siri serbuan yang dilakukan pada 3 dan 4 Oktober lalu. Mereka kini sedang dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut.

image is not available
Sumber foto: NDTV

Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah

Hasil semakan juga mendapati bahawa kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan jenayah harta benda dan penyalahgunaan dadah.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, jelas Zulkipli.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat Sibu atas kerjasama dan maklumat yang telah membantu pihak polis menumpaskan kumpulan penjenayah ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: