Dana Cukup 9 Juta, Rupanya Hafiz Mahamad Penyumbang Terakhir Sedekah RM100,000 Untuk Adik Naail

10 May 2023 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kisah kanak-kanak bernama Wan Muhammad Naail atau Naail meruntun hati rakyat Malaysia dan ramai menghulurkan sumbangan bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.

Adik Naail menghidap penyakit yang jarang dijumpai, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 dan ibunya, Raihan Aminz sering berkongsi perkembangan kutipan dana yang digerakkan oleh badan amal Misi Rakyat dari semasa ke semasa di Instagram.

Terbaru, menerusi satu hantaran, Raihan telah memuat naik video dan memaklumkan dana tersebut telah mencapai RM9 juta seperti yang diperlukan.

Berdasarkan gambar itu, usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Hafiz Mahamad merupakan individu terakhir sebagai penyumbang melengkapkan jumlah itu.

Hafiz telah mendermakan RM50,000 untuk adik Naail dan sekali lagi membuatkan pemindahan wang dengan jumlah yang sama untuk seorang lagi pesakit bernama Athif.

Selain Hafiz, seorang lagi usahawan bernama Ayuni, juga merupakan seorang pempengaruh media sosial turut memberikan sumbangan RM50,000.

Difahamkan, adik Naail adalah anak saudara kepada pelakon terkenal Fattah Amin yang pernah berkongsi tentang masalahnya sebelum ini.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang memuji dan berterima kasih kepada Hafiz dan isteri, Syafiqah Aina serta Ayuni kerana mendermakan jumlah wang yang banyak itu.

image is not available

Ini bukanlah kali pertama Hafiz Mahamad meraih perhatian disebabkan hal hal sebegini malah dia dan isteri sering dipuji kerana sangat bermurah hati.

image is not available 2 bulan lalu

Menang Besar Di GMWA! Influencer Hafiz Mahamad Bagi 70 Staf Bonus Sebulan Gaji Dan Cuti Sehari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved