Netizen Terharu Hafiz Mahamad ‘Last Minit’ Derma RM100K Untuk Cukupkan RM9 Juta Buat Baby Naail

Entertainment
10 May 2023 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa, pasti pernah terlintas di media sosial korang mengenai seorang bayi dikenali sebagai Baby Naail yang mempunyai masalah kesihatan.

Bayi yang berusia 9 bulan itu mengalami masalah Spinal muscular altrophy (SMA) Type 1. Ia merupakan penyakit genetik yang terjadi apabila berlaku mutasi pada gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.

image is not available

Akibat penyakit ini, Naail atau nama penuhnya, Wan Muhammad Naail sukar bernafas atau menelan air lir dengan kudrat sendiri. Malah bayi ini juga terdedah dengan risiko jangkitan paru-paru.

Perlu dana RM9 juta, Hafiz Mahamad derma RM100K

Demi menghentikan kemerosotan ototnya, Naail perlu segera mendapatkan ubat dan ubat yang paling efektif setakat ini ialah Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan dengan RM9 juta lebih.

Susulan itu, ibu bapa bayi ini telah melancarkan kutipan dana di platform Misi Rakyat dan telah mendapat sambutan yang baik, namun masih belum mencapai kutipan dana yang dikehendaki.

image is not available

Namun baru-baru ini, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila influencer dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad dikatakan telah menderma sebanyak RM100,000 bagi mencukupkan dana buat Baby Naail.

Perkara tersebut dikongsikan oleh netizen di Facebook yang mana rata-rata terharu dengan sumbangan yang diberikan Hafiz.

Hafiz Mahamad last minit bagi RM100k sampai dapat lebih 9 Juta

Posted by Amirul Aminuddin on Tuesday, May 9, 2023

 

“Alhamdulillah rezeki adik ni…”

Sumbangan yang diberikan Hafiz ternyata memberi sinar baru kepada ibu bapa bayi ini yang sentiasa mengharapkan kesembuhan anak mereka. Malah ramai juga berasa terinspirasi dengan sikap mulia usahawan tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, Hafiz Mahamad menerusi IG stories meluahkan rasa syukurnya dapat membantu bayi tersebut dan mendoakan semoga bayi tersebut dapat membesar dengan baik.

image is not available

Mulianya hati Hafiz dan isteri. Semoga dimewahkan rezeki untuk membantu lebih banyak orang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.