Dana RM2.8 juta baik pulih infrastruktur pendidikan Islam di Kedah - Anwar

LocalPolitics
26 Sep 2026 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dana RM2.8 juta baik pulih infrastruktur pendidikan Islam di Kedah - Anwar

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.8 juta bagi tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah.

Menteri Kewangan itu berkata peruntukan tersebut adalah bagi memastikan para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

“Kerajaan MADANI akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM250,000 bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah dan Musthola Hadis.

Anwar berkata kedua-dua peruntukan akan diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Kedah.

“Semoga ikhtiar ini membawa manfaat kepada para pelajar dan terus menyuburkan budaya ilmu dalam masyarakat,” katanya.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved