Kebelakangan ini terdapat perbincangan mengenai gabungan diantara dua gergasi teknologi di Asia Tenggara, iaitu Grab dan GoTo (Gojek-Tokopedia). Secara teknikalnya, ura-ura ini telahpun dimulakan sejak tahun penghujung 2023, akan tetapi sehingga baru-baru ini, ia telah dinafikan.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa daya kekayaan negara Indonesia, Danantara Indonesia, yang dibangunkan pada awal tahun ini telah menyatakan hasrat untuk membuat pelaburan dalam gabungan syarikat tersebut sekiranya ia berlaku tidak lama lagi.

Berkenaan gabungan ini, pihak anti-persaingan Indonesia baru-baru ini dilaporkan telah memulakan proses mengaudit kebarangkalian impak buruk yang akan berlaku apabila gabungan ini dimeterai. Kerajaan Indonesia sendiri juga telah menyatakan kerisauan tentang sebuah syarikat Singapura memiliki pegangan majoriti dalam sebuah syarikat teknologi gergasi Indonesia.
Grab juga dilaporkan mahu mengambil-alih GoTo sekitar pertengahan tahun ini, dan GoTo mungkin hadir dengan nilai US$7 bilion (~RM29.5 bilion) apabila gabungan diantara kedua-dua syarikat ini berlaku kelak.
GoTo ialah gabungan dua buah syarikat digital gergasi Indonesia yang sebelum ini dikenali sebagai Gojek dan Tokopedia yang telah bergabung pada awal tahun 2021, dan kini merupakan syarikat pembangun teknologi terbesar di negara tersebut.



