DAP Beri Sokongan Penuh Kepada MB - Loke

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 6:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - DAP menyatakan sokongan penuh terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk terus menerajui pentadbiran negeri itu, termasuk dalam situasi kerajaan minoriti.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata, parti itu menolak sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada, sambil menegaskan bahawa sebarang pertukaran Menteri Besar mesti mematuhi prosedur perlembagaan.

Jelasnya, jawatan Menteri Besar hanya boleh ditukar melalui dua saluran sah, iaitu menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau atas perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang meminta penyandang mengosongkan jawatan tersebut.

“Bagi kami, kedudukan Menteri Besar hanya boleh diubah melalui dua kaedah. 

“Terdapat dua kaedah, pertama, penyingkiran melalui usul atau undian di DUN, seperti apabila usul kepercayaan gagal,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di Seremban hari ini.

Beliau turut menjelaskan, perkara ini pernah berlaku dan sekiranya pihak istana membenarkan, maka kedudukan penyandang akan terjejas.  

“Sama ada kita bersetuju atau tidak, perkara ini pernah berlaku di Perak apabila Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan dan menghadap pihak istana.

“Jika pihak istana memperkenankan pelantikan Menteri Besar baharu, barulah kedudukan penyandang akan terjejas,” katanya. - Getaran, 27 April 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved