DAP bertanding lapan kerusi Melaka: Dia nak bertanding mana pun, dia punya suka - Ab Rauf

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 3:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DAP bertanding lapan kerusi Melaka: Dia nak bertanding mana pun, dia punya suka - Ab Rauf
Ab Rauf
Image from: DAP bertanding lapan kerusi Melaka: Dia nak bertanding mana pun, dia punya suka - Ab Rauf
Ab Rauf (dua kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Program Powering Knowledge STEM Discovery @ School 2026 di SK Tanjong Bidara pada Khamis. Foto: Sinar.

MELAKA - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menghormati hasrat DAP untuk bertanding lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, BN tidak mempunyai hak untuk menghalang atau mencampuri urusan parti berkenaan.

Menurutnya, semua parti mempunyai hak untuk menentukan kerusi yang ingin ditandingi selagi belum wujud bentuk kerjasama antara dua parti menerusi BN Plus.

“Kerusi Melaka terbuka kepada mana-mana parti yang nak menawarkan diri bertanding di mana tempat.

“Sebelum ada perundingan dengan pihak saya, mereka terbuka untuk menyatakan hasrat masing-masing. Bergantung kepada perbincangan nanti dan hasil nanti kita akan maklumkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Powering Knowledge STEM Discovery @ School 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Bidara pada Khamis.

**media[3650323]**

Pada Rabu, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberitahu parti itu mahu bertanding di lapan kerusi DUN pada PRN Melaka.

Ia meliputi empat kerusi yang kini disandang parti itu iaitu Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana dan Ayer Keroh, selain Duyong, Bemban, Pengkalan Batu dan Gadek.

Ab Rauf berkata, setakat ini BN belum memuktamadkan rakan gabungan mendepani PRN Melaka.

Sementara itu ditanya mengenai hasrat DAP itu untuk bertanding di DUN Duyong Ab Rauf berkata, tidak mencampuri urusan parti lain.

“Seperti saya kata tadi, itu terserah pada dia. DAP nak bertanding mana pun dia punya suka lah.

“Saya tak boleh nak melarang sebab saya memelihara kepentingan parti saya. Saya tak jaga kepentingan parti orang lain,” katanya.

Jelasnya, pentas politik Melaka ketika ini masih terbuka dan mana-mana parti berhak menyuarakan hasrat masing-masing.

“Kalau tertakluk kepada persetujuan antara kedua-dua parti, baru kita boleh putuskan.

“Dia nak bertanding 10 ke, 20 ke, terpulang kepada mereka. Itu parti dia. Saya jaga kepentingan parti saya,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved