DAP ketandusan idea, bawa 'penipuan' baharu pada PRN Negeri Sembilan - Akmal Saleh

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DAP ketandusan idea, bawa 'penipuan' baharu pada PRN Negeri Sembilan - Akmal Saleh
Hantaran Facebook Akmal Saleh pada Isnin.

SHAH ALAM - DAP didakwa semakin ketandusan idea apabila terus menggunakan naratif yang mengelirukan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, DAP sebelum ini menipu rakyat dengan memainkan naratif 'undi BN, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan' ketika kempen di Johor.

"Kali ini dekat Negeri Sembilan dia datang dengan penipuan baharu lagi. Agak-agak mereka ini dah ketandusan idea ke?

"Sudah-sudah lah menipu rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dalam satu hantaran Facebook pada Isnin.

Dalam hantaran sama, Akmal turut memuat naik tangkap layar laporan satu portal berita bertajuk 'PRU 16: Undi PH atau Zahid PM, kata Pua'.

Sebelum ini, portal berita tersebut melaporkan Tony Pua daripada DAP menyeru pengundi terus menyokong PH pada PRU16, sambil mendakwa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri jika sebaliknya berlaku.

Menurut bekas Ahli Parlimen Damansara itu, tindakan mengundi parti 'pengacau' atau langsung tidak keluar mengundi pada PRU16 juga akan memberikan kelebihan kepada BN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved