DAP mungkin hilang Pulau Pinang, PAS yakin PH tumbang pada PRU16!

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) berdepan kemungkinan kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), berdasarkan perkembangan politik semasa yang dilihat memberi gambaran mengenai perubahan sokongan rakyat.

Image from: DAP mungkin hilang Pulau Pinang, PAS yakin PH tumbang pada PRU16!

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Utusan Malaysia, Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkembangan yang berlaku termasuk keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Johor dan Negeri Sembilan menjadi antara perkara yang perlu diberikan perhatian dalam membaca arah aliran politik semasa.

Menurutnya, momentum tersebut berpotensi menjadi lebih kuat sekiranya perkembangan politik di Melaka berlaku seperti yang dirancang, selain tidak menolak kemungkinan Pulau Pinang turut menyaksikan perubahan pentadbiran.

“Kalau di Melaka ini berjalan sepertimana kita rancang, maka gelombang tersebut semakin kuat. Malah di Pulau Pinang juga berkemungkinan bakal menyaksikan kejatuhan PH.
“Kita kena baca secara meluas dan antara faktor perlu dilihat adalah kenapa DAP tidak keluar daripada Kerajaan Perpaduan (susulan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Ilmu, hari ini.

Mohd. Amar berkata, keputusan DAP untuk terus berada dalam Kerajaan Perpaduan boleh dilihat daripada sudut perkembangan politik semasa yang berlaku ketika ini.

Beliau mendakwa keadaan itu turut memberi gambaran bahawa DAP mengambil kira kemungkinan berlaku perubahan sokongan sekiranya parti berkenaan tidak lagi bersama PH.

“Kalau DAP keluar (PH), dia akan berbalah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah). Jadi undi-undi Melayu yang ada sedikit-sebanyak tidak berpusing kepada mereka.
“Kesan paling besar yang kita peroleh daripada satu kajian baru-baru ini, jika situasi tersebut berlaku, DAP mungkin hilang Pulau Pinang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Amar turut menyentuh mengenai kesan isu krisis adat di Negeri Sembilan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pas yang membentuk kerajaan negeri.

Katanya, impak terhadap kedua-dua parti itu bergantung kepada cara isu berkenaan dijelaskan dan diuruskan oleh kerajaan negeri.

Artikel lain: Zahid Hamidi yakin, kerjasama BN-PH mampu kekalkan kemenangan pada PRU16

Beliau berkata, penjelasan kepada rakyat perlu diberikan bagi membetulkan naratif yang mendakwa BN dan Pas mempunyai kaitan dengan tindakan menjatuhkan Yang Dipertuan Besar.

“Paling utama adalah bagaimana kerajaan negeri memberi penjelasan kepada rakyat. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim perlu memperbetul naratif yang menuduh BN dan Pas menjatuhkan Yang Dipertuan Besar.
“Kerajaan negeri perlu membuktikan naratif itu bertujuan memburukkan imej mereka dan memastikan rakyat faham bahawa, sebenarnya ia adalah keputusan Undang yang empat, sementara Menteri Besar dan Exco hanya melaksanakan perintah,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Mustaqim Mohamed)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved