DAP putuskan kekal dalam Kerajaan Madani hingga tamat penggal

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 5:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DAP putuskan kekal dalam Kerajaan Madani hingga tamat penggal
Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo (enam, kiri) bergambar pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. Foto Bernama.
Image from: DAP putuskan kekal dalam Kerajaan Madani hingga tamat penggal
Seramai 1,857 perwakilan atau 88.2 peratus memilih untuk menyokong usul supaya kepimpinan parti meneruskan penyertaan dalam Kerajaan Persekutuan.
Image from: DAP putuskan kekal dalam Kerajaan Madani hingga tamat penggal
Anthony Loke. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Image from: DAP putuskan kekal dalam Kerajaan Madani hingga tamat penggal
Sidang media oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke selepas selesai Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Image from: DAP putuskan kekal dalam Kerajaan Madani hingga tamat penggal
Sidang media oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke selepas selesai Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] DAP memilih untuk terus kekal dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen ke-16, sekali gus menamatkan tanda tanya mengenai masa depan parti itu dalam blok pentadbiran.

Keputusan berkenaan dibuat menerusi pengundian dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.

Yang Dipertua DAP, Cha Kee Chin berkata, daripada 2,106 kertas undi yang dikeluarkan, sebanyak 2,099 undi disahkan sah, manakala tujuh lagi rosak.

**media[3616887]**

"Daripada jumlah undi sah itu, 1,857 perwakilan atau 88.2 peratus memilih untuk menyokong usul supaya kepimpinan parti meneruskan penyertaan dalam Kerajaan Persekutuan.

"Sebanyak 242 undi atau 11.5 peratus pula menolak usul berkenaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, mandat tersebut memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan pemimpin DAP yang mewakili parti dalam kerajaan untuk meneruskan agenda reformasi.

**media[3616905]**

Menurutnya, keputusan itu turut membawa tanggungjawab kepada kepimpinan parti untuk memastikan mandat yang diberikan perwakilan diterjemahkan menerusi pelaksanaan dasar dan agenda kerajaan.

"Ini merupakan satu mandat kepada CEC dan pemimpin-pemimpin yang mewakili parti dalam kerajaan untuk terus berkhidmat dan meneruskan kerja kita, termasuk agenda reformasi.

**media[3616907]**

"Kita perlu memberikan fokus dan tumpuan untuk melaksanakan perubahan serta janji-janji yang telah kita janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita.

Mengulas mengenai jumlah perwakilan yang tidak hadir bagi pengundian itu, Anthony berkata, keadaan berkenaan tidak semestinya menunjukkan wujudnya protes terhadap usul berkenaan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kehadiran sekitar 2,000 perwakilan pada persidangan berkenaan sebenarnya merupakan jumlah yang tinggi bagi persidangan DAP yang tidak melibatkan pemilihan parti.

**media[3616916]**

"Kalau ada pemilihan pun biasanya hampir dalam 70 peratus saja yang hadir. Perwakilan kita bukannya tauke-tauke besar atau bos-bos besar.

"Mereka datang daripada cawangan di peringkat akar umbi. Jadi, ini perkara yang agak biasa,” katanya.

Seramai 2,223 perwakilan direkodkan hadir pada persidangan berkenaan yang berlangsung sejak jam 10 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved