DAP Sarawak Akan Pertahankan Kerusi 'Panas' Stampin, Bandar Kuching Dan Mas Gading

Politics
24 Oct 2022 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Chong Chieng Jen - Gambar Bernama

KUCHING - Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini mengumumkan tiga calon parti itu yang akan mempertahankan tiga kerusi panas di wilayah selatan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 Nov ini.

Chong sendiri akan mempertahankan kerusi Stampin yang dimenanginya pada PRU-14 lepas manakala kerusi Bandar Kuching dan Mas Gading masing-masing akan dipertahankan oleh Kelvin Yii dan Mordi Bimol.

“Bagi kerusi Serian, DAP mempertaruhkan seorang muka baharu iaitu Laerry Jabol,” kata Chong dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini malam ini yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Selain empat kerusi Parlimen dengan calon yang diumumkan itu, DAP Sarawak juga akan bertanding di empat kerusi Parlimen lain di negeri itu iaitu di Sarikei, Sibu, Lanang dan Bintulu.

Dalam PRU-14 pada 2018, DAP bertanding di sembilan kawasan Parlimen di Sarawak dan memenangi enam daripadanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved