DAP Sarawak pertahan tiga kerusi 'panas'

Politics
23 Oct 2022 • 11:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Chong Chieng Jen - Foto Bernama

KUCHING - Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pada Ahad mengumumkan tiga calon parti itu yang akan mempertahankan tiga kerusi panas di wilayah selatan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Chieng Jen akan mempertahankan kerusi Stampin yang dimenanginya pada PRU14, manakala kerusi Bandar Kuching dan Mas Gading masing-masing akan dipertahankan oleh Kelvin Yii dan Mordi Bimol.

"Bagi kerusi Serian, DAP mempertaruhkan seorang muka baharu iaitu Laerry Jabol,” kata Chieng Jen dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini malam Ahad.

Selain empat kerusi Parlimen dengan calon yang diumumkan itu, DAP Sarawak juga akan bertanding di empat kerusi Parlimen lain di negeri itu iaitu di Sarikei, Sibu, Lanang dan Bintulu.

Dalam PRU14 pada 2018, DAP bertanding di sembilan kawasan Parlimen di Sarawak dan memenangi enam daripadanya. - Bernama