DAP taja Jalur Gemilang gergasi, balas isu bendera terbalik dengan cara aman

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 2:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

DAP akan menaja bendera Jalur Gemilang gergasi yang akan dipasang di sebuah premis di Pulau Pinang petang ini supaya orang ramai boleh melihat dengan jelas bendera tersebut telah dipasang dengan betul di kedai berkenaan.

Pasang Jalur Gemilang gergasi depan kedai peniaga

Menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook di media sosial, beliau menyatakan jika ada pihak cuba mengganggu ketenteraman di kawasan itu, ahli-ahli DAP Pulau Pinang akan menyambut mereka dengan mengedarkan 831 helai Jalur Gemilang secara percuma sebagai tanda semangat perpaduan sempena 31 Ogos.

image is not available

Jalur Gemilang gergasi cara balas isu bendera terbalik

Terdahulu, beliau mengutuk keras tindakan pihak tertentu yang memberi tekanan secara terbuka kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa pemilik kedai yang tersilap memasang Jalur Gemilang di depan premisnya.

“Pihak Peguam Negara perlu diberi ruang secara bebas untuk membuat sebarang keputusan tanpa apa-apa tekanan poliitik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal mendesak pihak pendakwa raya mengambil tindakan segera terhadap individu dikaitkan dengan kes bendera terbalik itu.

Dalam video dimuat naik ke Facebook, beliau memberikan tempoh dua hari bermula semalam untuk pendakwaan dilakukan selepas polis memaklumkan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

image is not available

Sebelum ini, tular video berdurasi 21 saat memaparkan seorang lelaki memasang Jalur Gemilang secara terbalik sebelum mengibarkannya, manakala seorang lagi merakam aksi tersebut.

Anthony Loke turut menyifatkan ugutan mengadakan protes di kedai sekiranya tiada pendakwaan dalam masa terdekat sebagai tindakan buli secara terang-terangan yang tidak boleh diterima.

“Tegasnya, bukan sahaja tindakan buli di sekolah perlu ditentang, tetapi tindakan buli terhadap warga emas juga perlu dibantah sekeras-kerasnya,” ujarnya.

image is not available

Walau bagaimanapun, beliau berpendapat kita perlu menunjukkan kewarasan dalam berfikir untuk menangani pihak yang kurang matang iaitu dengan menggunakan cara yang lebih aman dan beradab.

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook