DAP terbuka cadangan khemah besar, perlu bawa ke Majlis Presiden PH: Loke

LocalPolitics
22 Nov 2026 • 5:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: DAP terbuka cadangan khemah besar, perlu bawa ke Majlis Presiden PH: Loke

KUALA LUMPUR - DAP terbuka untuk membincangkan sebarang cadangan atau strategi politik termasuk pendekatan ‘khemah besar’ yang dicadangkan oleh parti Amanah, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Bagaimanapun, Loke berkata perkara itu perlu dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk dibincangkan dan tidak sepatutnya diuar-uarkan secara terbuka.

Ini kerana, katanya, masing-masing mempunyai cadangan dan pandangan.

“Masing-masing ada pandangan dan cadangan tetapi saya yakin kalau kita memberikan cadangan secara terbuka, berbincang melalui media ia tidak akan dapat mencapai hasrat atau objektif yang diinginkan," katanya, selepas merasmikan Konvensyen DAP Selangor 2026 di Shah Alam, hari ini.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata PH perlu menggunakan pendekatan “khemah besar” dan merangkul lebih banyak parti berteraskan Melayu bagi meningkatkan sokongan pengundi Melayu dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Ini kerana, katanya, prestasi kerajaan termasuk dalam aspek ekonomi, kestabilan politik, pelaburan dan pengurusan negara masih belum diterjemahkan sepenuhnya kepada sokongan dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, Loke berkata, DAP terbuka terhadap cadangan untuk menggunakan logo komponen parti masing-masing pada PRU-16, namun ia memerlukan perbincangan lanjut dalam PH sebelum dimuktamadkan.

"Yang paling penting ialah kita (PH) kena mengumpulkan kekuatan kita dan mencari pendekatan terbaik untuk menghadapi pilihan raya. Namun begitu cadangan sebegitu perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis Presiden.

"DAP akan memberikan pandangan dan sudah tentu kita ada cadangan bagaimana nak ambil langkah dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Mengulas mengenai status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan, Loke memberitahu, beliau sudah pun meletakkan jawatan tersebut.

“Bagi saya, saya sudah pun meletakkan jawatan," katanya.

Pada 13 November lepas, Perdana Menteri, Anwar berkata tiada keperluan untuk kerajaan tergesa-tergesa membuat keputusan berhubung peletakan jawatan Loke meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima dan perkara tersebut memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pada 12 November , Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menegaskan pendirian beliau untuk kekal dengan keputusan meletak jawatan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah. - 22 November, 2026

The post DAP terbuka cadangan khemah besar, perlu bawa ke Majlis Presiden PH: Loke appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved