“Dapat 4k-5k Sore Takpo Doh” – Tak Ada Duit Tapi Nak Kahwin Dua, Lelaki Minta Adik Beradik & Isteri ‘Sponsor’

5 Oct 2022 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sejak semalam apabila sebuah video TikTok memaparkan perbualan seorang lelaki yang ingin berkahwin lagi namun meminta wang ehsan daripada ahli keluarganya bagi tujuan demikian.

Hantaran tersebut dipercayai dibuat oleh isteri lelaki berkenaan yang dilihat sudah tidak tahan diperkecilkan di dalam WhatsApp Group keluarga mereka sendiri berikutan dirinya enggan dimadukan.

Malah, lelaki berkenaan turut meminta wang daripada isterinya sendiri semata-mata untuk bernikah dengan wanita lain dengan alasan lebih kaya dan ‘T20’.

Awak nak sponsor apa suami awak nikoh ni. Awak kan T20. Jutawan. Suami nak ikut syariat Islam ni.

Yang lebih memalukan apabila lelaki itu berterusan menghantar mesej meminta wang untuk didermakan kepadanya selain menggunakan sunnah nabi bagi ‘menghalalkan’ perbuatannya itu.

image is not availableSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan ‘geli geleman’ dengan lelaki berkenaan yang kelihatan bersungguh benar ingin bernikah lagi meskipun tiada wang.

Belum pernah aku jumpa yang bodoh level macam ni. Perangai memalukan macam ni nak kahwin lain lagi? Nak kahwin berapa banyak ikut suka lah, tapi jangan sakiti isteri dan jangan menyusahkan orang.

Dah la miskin, ada hati nak tambah bini, pastu mengemi minta duit. Dok malu ko wei, wak prangaaa gitu. Pitih takdok acah acah nok nikoh lebih.

Apa punya perangai la ni weh?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available


2 hari lalu

(VIDEO) Umpan Jajan & Heret Keluar, Idea Tadika Buat Demo Elak Diculik Dipuji Netizen