Dapat bersama hingga ke akhir nafas, Cikgu Din teman isteri hingga ke pusara

LocalEntertainment
3 Dec 2024 • 2:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Guru yang dikenali sebagai Cikgu Din teman isteri hingga ke pusara apabila dapat bersama-sama dengan wanita yang disayangi sampai hembusan nafas terakhir.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh rakan kepada Cikgu Din, dapat dilihat dia berada disamping pusara isterinya, allahyarham Nur Atiqah My Yusoff, 30 sambil membaca talkin.

image is not available

Cikgu Din teman isteri hingga ke pusara, imamkan solat jenazah

Dia juga dilihat berada di masjid dan seakan sedang bersedia mahu mengimamkan solat jenazah isterinya yang disembahnyangkan di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra Pasir Pekan.

image is not available

Cikgu Din teman isteri hingga ke pusara, abang allahyarham harap adik tenang ‘disana’

Dalam pada itu, abang kepada isteri Cikgu Din, Izzuwan Yusof telah memuat naik hantaran dengan menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian adik tersayang akibat kanser tahap 4.

Walau bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan dan berharap agar roh allahyarham tenang disana dan meminta agar mana-mana pihak dapat berhubung dengannya jika ada sebarang urusan yang belum selesai.

image is not available

Sebelum ini, kisah Cikgu Din tular apabila dia yang mengajar di Sarawak mahu bertukar ke Semenanjung demi menjaga isterinya yang menghidap kanser.

Dia berulang-alik dari Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua minggu bagi menemani isteri.

Hasil perbincangan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Cikgu Din berjaya ditempatkan di sekolah berhampiran isterinya untuk tempoh sementara.

Walau bagaimanapun, isterinya disahkan meninggal dunia malam tadi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.