Dapat ‘Buff’ Istimewa Dari Tokti, HomeBois Bawa Nama Negara Gegarkan MPLI Indonesia

Entertainment
18 Nov 2023 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Juara MPLMYS12, HomeBois meneruskan perjalanan mengharumkan nama negara dengan menyertai Kejohanan Jemputan MPL ONE Esports (MPLI) 2023 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 15-19 November.

Berjaya menundukkan lawan mereka pada peringkat kumpulan dan berada di braket atas bertemu dengan bekas juara dunia, Echo.

Namun, pasukan HomeBois dikecewakan dengan kekalahan 2-1, dan terpaksa bermain di braket bawah menentang Blacklist International petang ini.

image is not available
Sumber: one esports

Menarik perhatian apabila penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Nurhaliza membuat hantaran komen ketika siaran langsung.

“Homebois Di Hati,” kata-kata semangat dari Tokti buat pasukan HomeBois.

Rata-rata peminat Mlbb dari Indonesia juga teruja dengan komen dari penyanyi terbabit.

Ternyata, aura Tokti begitu kuat sehingga organisasi eSukan dan komuniti Mlbb dari negara jiran turut mengagumi beliau.

Agak-agak kalau Tokti main ML hero apa dia guna?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved