Dapat Cromboloni Tak Sama Dengan Iklan, Jawapan ‘Seller’ Ni Buat Pelanggan Geram

Entertainment
22 Dec 2023 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat sesiapa yang selalu cafe hunting, pasti tahu pencuci mulut bernama cromboloni ini. Sekarang ini, tengah viral manisan cromboloni yang dihiasi dengan pelbagai toping menarik.

Untuk yang tak tahu, cromboloni juga dikenali sebagai New York Croissant atau Supreme Croissant yang pada dasarnya merupakan croissant yang digulung dan digoreng.

Bila ada sesuatu makanan viral, pasti ramai peniaga yang tiba-tiba muncul menjual menu tersebut, begitu jugalah dengan manisan cromboloni ini.

Namun, baru-baru ini seorang pelanggan meluahkan kekecewaan di media sosial apabila mendapati cromboloni yang dipesan tidak sama seperti yang diiklankan.

Menerusi tangkap layar hantaran pengguna Facebook itu, peniaga terbabit mengiklankan menu cromboloni di Group Food Delivery COD Taiping, Kamunting dan Sekitar. Dapat dilihat, seketul cromboloni dijual pada harga RM13.

image is not availableimage is not available

 

“Itu reference”

Dalam perkongsian tangkap layar perbualan WhatsApp, wanita itu kecewa apabila mendapati cromboloni yang dibelinya tidak seperti yang dijangkakan.

Namun, peniaga itu membalas menu dibuat hanya sekadar suka-suka dan gambar iklan yang digunakan hanyalah sebagai ‘rujukan’.

image is not available

Perkongsian Facebook itu telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya mengecam tindakan peniaga terbabit yang disifatkan tidak jujur dalam berniaga.

Dalam pada itu, netizen turut menyarankan wanita terbabit untuk membuat aduan kepada KPDN agar memberi pengajaran kepada peniaga sebegini.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Hmm, orang berniaga dia pun nak berniaga. Janganlah aniaya orang macam ni…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.