Dapat Hadiah Motor RXZ & Helmet, Isteri Terkejut Suami ‘Posing’ Tunjuk Jari Tengah Atas Pelamin

28 May 2025 • 3:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, pengantin lelaki berkenaan telah menerima hadiah sebuah motosikal RXZ dan sepasang helmet pada hari pernikahannya.

Namun begitu, aksinya menunjukkan jari tengah ketika bergambar di atas pelamin telah membuatkan isterinya terkejut serta turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Pengantin perempuan boleh dilihat terkejut dengan aksi spontan suaminya menunjukkan jari tengah sebelum menyuruh lelaki terbabit menghentikan perbuatan itu.

Aksi lelaki tersebut telah mendapat pelbagai respon dan kritikan netizen yang mempersoal mengapa dia perlu melakukannya ketika hari pernikahan dan di depan mentuanya.

Mentua tak tengok ke?

Dalam pada itu, ada yang berkata mungkin lelaki itu sudah terbiasa atau mempunyai tabiat menunjukkan jari tengah sehingga terlupa untuk menjaga adab di hari bahagia.

Sayang, di hari yang sepatutnya dia menadah tangan tanda kesyukuran. Dia lebih memilih untuk menunjukkan jari tengah di hadapan semua jemputan. Reaksi spontan apabila sesuatu tabiat sudah menjadi kebiasaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

Pengantin Lelaki 'Tersasul' Sebut Nama Bekas Kekasih Ketika Akad Nikah, Bakal Isteri Bertindak Batalkan Perkahwinan - "Dah Terbukti Dia Bukan Yang Pertama Dalam Fikiran.."