“Dapat Kawan Rajin Baca Quran Pun Satu Nikmat”- Pelajar Bersyukur Dapat Teman Sebilik Selalu Mengaji [Video]

18 Nov 2025 • 12:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kita sering dinasihatkan untuk mencari rakan atau teman yang baik dan mempunyai akhlak yang baik.

Sebenarnya apabila berkawan dengan individu yang sentiasa melakukan kebaikan dan mempunyai kelakuan tingkah laku dan amalan yang sentiasa mengingati Allah SWT dapat memberi pengaruh kepada seseorang untuk melakukan hal sama.

Bahkan kata orang jika kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi maka kita akan mendapat bau wanginya.

Pelajar syukur ada rakan sebilik rajin baca al-Quran

Terbaharu, seorang pelajar menzahirkan rasa syukur apabila mendapat teman sebilik yang rajin membaca al-Quran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nafizi Irfan di TikTok, kelihatan dia merakamkan momen rakan sebiliknya sewaktu sedang membaca al-Quran dari balik langsir.

Menurut Nafizi, dia memberitahu BuzzKini mereka merupakan pelajar jurusan perubatan tahun dua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam video tersebut kedengaran suara rakan sebilik Nafizi membaca al-Quran dengan alunan suara yang begitu merdu.

Melihat rakan sebilik rajin membaca al-Quran membuatkan Nafizi merasakan ia adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

“Dapat kawan yang rajin baca al-Quran dekat bilik pun satu nikmat,” tulisnya dalam video itu.

Rakan secara tak langsung beri pengaruh positif

Nafizi memberitahu surah yang dibaca oleh teman sebiliknya itu adalah surah Al-An’am ayat 6.

Katanya apabila ada rakan yang rajin membaca al-Quran perkara itu secara tidak langsung membuatkan mereka sentiasa menjaga tingkah laku, dan percakapan.

“Mungkin dia (teman sebilik) belum berani untuk ajak kami baca al-Quran sama. Tapi ada dia, kami segan nak sembang (berbual) yang bukan-bukan. Ada dia, meriah bilik kami dengan merdunya alunan (bacaan al-Quran). Ada dia, kami kenal siapa itu ahli al-Quran.

“Semoga Allah pelihara kawan saya yang satu ini,” katanya di ruangan kapsyen.

@nafizi.qa

Mungkin dia belum berani untuk ajak kami baca Quran sama, Tapi … Ada dia, kami segan nak sembang yg bukan ii Ada dia, meriah bilik kami dengan merdunya alunan Ada dia, kami kenal siapa itu ahli al-Quran Moga Allah pelihara kawan saya yg satu ni image is not available #unilife #quran #pelajar #reminder #fyp

♬ original sound – Nafiz Irfan – Nafiz Irfan

Ramai beri kata-kata positif dan doakan semua teman sebilik dapat keberkatan

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengatakan rakan perlu dipilih dengan baik.

Ada juga yang memberi kata semangat agar Nafizi untuk turut serta mengaji meskipun perlu bermula dengan iqra kerana latihan dibuat setiap hari akhirnya akan pandai.

Tidak kurang ada yang mendoakan agar mereka semua yang berada dalam bilik satu turut mendapat keberkatan al-Quran kerana melihat dan mendengar bacaan teman sebiliknya itu.

Malah ada yang mengatakan mendapat seorang rakan yang baik juga adalah satu rezeki.

“Saya doa anak-anak saya jadi seperti anak ini kalau tidak pun akan dapat roomate macam ni agar wanginya kepada anak-anak saya”

image is not available

“Mengaji je dik.. biarlah nak mula dengan iqra pun. Tak yah malu, mengaji je dik. Lama-lama pandailah”

image is not available

“Dengar dapat pahala, baca lagi besar pahalanya.”

image is not available

“Alhamdulillah dik, dapat bersahabat denga orang-orang baik juga satu rezeki.”

image is not available