
CAPE TOWN – Penulis Afrika Selatan, Coral Hart menerbitkan lebih 370 buah buku sejak Februari 2025 dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Wanita menggunakan nama pena Coral Hart itu berkata, dia menerima ‘puluhan ribu’ mesej kebencian kerana menggunakan AI untuk menerbitkan buku.
Tidak ramai penulis yang menggunakan AI bersetuju untuk bercakap secara terbuka dan menunjukkan wajah mereka.
“Saya memilih untuk tampil dan menyatakan inilah perbincangan yang perlu kita mulakan,” katanya
Hart mula menulis menggunakan AI kira-kira 20 bulan lalu, namun telah bekerja dalam bidang penerbitan selama 14 tahun dan menulis berpuluh-puluh karya tanpa teknologi tersebut.
Hart telah menjual lebih satu juta buku dalam format digital, cetak dan audio, serta menjana pendapatan lebih AS$1 juta (RM4.08 juta) setakat tahun ini. – AFP
The post Dapat lebih RM4 juta tulis buku guna AI appeared first on Kosmo Online.



