“Dapat lepas rindu!” – ‘Reunion’ Di Konti Radio, Linda Onn Terharu Dapat Jumpa ‘Aunty Cleaner’

Entertainment
3 Aug 2023 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara kelompok terpenting dalam industri muzik Malaysia ialah stesen-stesen radio yang bertanggungjawab mempromosi bakat baru serta karya-karya terbaru dalam arena muzik tempatan.

Radio Era merupakan salah satu stesen yang sudah bertapak lama dalam dunia hiburan Malaysia, tahun ini stesen berkenaan menyambut ulang tahun ke-25 penubuhan mereka.

Bagi menyambut ulang tahun itu, radio Era membawakan penyampai-penyampai otai seperti Linda Onn, Halim Othman serta Burn untuk mengacarakan rancangan di stesen tersebut.

Apa yang menarik perhatian ialah perkongsian Linda Onn yang begitu teruja dapat masuk semula ke dalam konti dan lebih manis lagi apabila dia bertemu dengan salah seorang ‘teman’ yang amat istimewa buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

Menerusi Instagram miliknya, Linda berkongsi dia dapat melepaskan rindu kepada salah seorang cleaner yang sudah lama bekerja di studio berkenaan.

“Mula Linda on air di @era.je pukul 10 pagi. Time tu juga ayie (Linda panggil dia ayie)… Dia masuk untuk sapu studio, lap gelas, lap meja, vacuum… Sampai terbersin bersin Linda jadinya ..

Dan setiap kali tu juga kita berkongsi cerita.. ayie bukan saja cleaner disitu.. dia ada restoran .. tapi dia nak kerja.. sebab dia suka kerja. Cakap je negara mana dia tak sampai, satu dunia dia dah round.

Bila sampai Era, jumpa ayie.. sungguh dapat lepas rinduuu,” tulisnya di kapsyen.

Keakraban dua wanita itu dapat dilihat apabila mereka saling berpelukan dan mengucapkan kata rindu sesama sendiri, malah Aunty itu turut sempat berpesan kepada bekas penyampai radio itu agar teruskan berniaga.

Di hujung posting tersebut, Linda berkata hubungannya dengan Aunty itu sangat akrab dan dia tidak melihatnya sebagai seorang tukang cuci tapi seperti seorang teman.

Comel sangat!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.