Dapat Maklumat Ada Individu Terbaring, Ritual Pembunuhan, Polis Serbu Kelas Yoga

10 Sep 2023 • 8:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sesi pembelajaran kelas yoga di sebuah bandar kecil di Britain bertukar mimpi ngeri apabila tiba-tiba diserbu sekumpulan polis.

Polis mendapat maklumat sekumpulan individu sedang melakukan ritual termasuk pembunuhan beramai-ramai di sebuah ruang komuniti yang juga menjadi tempat pameran hasil seni serta kelas senaman.

Namun apa yang sebenarnya sedang berlaku adalah seorang wanita, Millie Laws sedang mengajar yoga kepada sekumpulan individu.

“Kami diserbu polis yang mendapat aduan ada pembunuhan beramai-ramai di bangunan ini.

“Ada yang melihat beberapa orang terbaring di lantai. Tapi ini sebenarnya adalah kelas yoga. Kami sedang bermeditasi.

“Kami tidak terlibat dengan sebarang ritual keagamaan, pembunuhan atau apa sahaja perkara yang menyalahi undang-undang. Ia hanya kelas yoga,” tulis Laws menerusi Facebooknya, lapor CNN.

Laws kemudian memberitahy CNN sekitar lima buah kereta peronda datang dan polis menyerbu kelas yoga sekaligus membuat mereka semua terkejut dan ketakutan.

“Kami tidak percaya perkara seperti ini boleh berlaku. Kami hanya melakukan beberapa rutin biasa yoga. Itu sahaja,” dedahnya.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved