Dapat Peruntukan Lebih RM6 Juta, Kelantan Ucapkan Terima Kasih Kepada PMX

LocalPolitics
1 Jul 2025 • 11:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pmx

Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih cerun runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Tanah Merah, Kelantan.

Melalui perkongsian Menteri Besar Mohd Nassuruddin Haji Daud, inisiatif Kelantan membaik pulih cerun yang runtuh pada 26 November 2024 lalu diterima baik Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Peruntukan awal RM235,000 diluluskan kerajaan negeri

image is not available

Jelas beliau, cerun di kawasan terbabit runtuh berpunca daripada hujan lebat berterusan, mengakibatkan pergerakan tanah sepanjang 130 meter.

Kejadian itu turut merosakkan struktur penting seperti paip air mentah dan terawat, bilik klorin, tangki bahan kimia serta sub-stesen TNB.

Bagi tindakan segera, Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan peruntukan sebanyak RM235,000 bagi pelaksanaan dua kajian penting oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Kajian Siasatan Tanah (SI) dan Kajian Ukur Terperinci di kawasan LRA.

Bukti kerjasama federalisme demi rakyat

image is not available

Inisiatif dibuat Kelantan mendapat maklum balas positif apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6.6 juta.

Kelulusan ini dianggap amat bermakna buat rakyat Kelantan kerana menunjukkan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan demi kebaikan rakyat.

Pssttt! Tahniah Kelantan, semoga masalah yang menyebabkan gangguan bekalan ini pulih segera.

Kredit: Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.