Dapat RM250K Sekelip Mata, Individu Dari Sibu Ini Bertuah Menang Hadiah Toto 4D

28 Oct 2022 • 2:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semak tiket anda sekarang!

Dapat RM250K Sekelip Mata, Individu Dari Sibu Ini Bertuah Menang Hadiah Toto 4D. Telah dilaporkan bahawa seorang individu dari Sibu telah memenangi RM250,000.00 daripada Toto 4D pada 9 Oktober 2022.

Menerusi laman Facebook rasmi Sports Toto Sibu Outlet, seorang pembeli di Jalan Salim, Sibu dilaporkan telah menjadi orang bertuah yang memenangi hadiah itu.

image is not available
Dapat RM250K Sekelip Mata, Individu Dari Sibu Ini Bertuah Menang Hadiah Toto 4D. Sumber: FB Sports Toto Sibu Outlet

Mashyuknyaa dapat RM250K

Menurut Sports Toto Sibu Outlet sambil menyertakan gambar sebuah resit di mana individu tersebut sudah menerima wang hadiahnya pada 11 Oktober 2022.

Menerusi laman web rasmi mereka, individu tersebut memperoleh durian runtuh apabila nombor cabutannya terkena pada tanggal 9 Oktober 2022 dan mendapat hadiah ke-2 dalam Toto 4D.

image is not available

Difahamkan juga menerusi hantara Sports Toto Sibu Outlet, tiket bertuah ini telah dibeli di kedai Toto yang terletak di Lot 4110, No. 45, Lorong Salim 5B1, Jalan Salim Sibu. Walau bagaimanapun, jantina pemenang tidak didedahkan oleh syarikat judi tersebut.

Memang bertuah! Lagi di sini kisah orang Sabah Sarawak peroleh Jackpot: