Dapat staf baik, setia adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat saya – Khairul Aming

1 Oct 2025 • 3:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi usahawan terkenal Khairul Aming membawa semua pekerjanya bercuti sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan dan usaha keras mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, seramai 100 kakitangan syarikatnya bercuti mewah di ibu negara.

Khairul Aming

image is not available
image is not available image is not available

“Ini percutian terbesar kita buat untuk 100 staff bercuti di Kuala Lumpur.

“Semua dapat bilik hotel suite 5 star, dinner A5 wagyu, Splashmania, Wild Life tour, private Hop On Hop Off ride, Aquaria KLCC, berlumba Go Kart, main VR games, Indoor themepark, shopping di TRX, Bukit Bintang dan Central Market.

“Duit poket disediakan untuk shopping,” katanya dalam perkongsian di media sosial, hari ini.

Khairul Aming

image is not available

Usahawan kelahiran Kelantan itu turut menyifatkan kesetiaan serta kebaikan staf adalah hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33, baru-baru ini.

“Dapat staf yang baik dan setia macam ini adalah hadiah hari jadi terbesar untuk saya. Selamat hari jadi yang ke-33 wahai Khairul Aming,” katanya lagi.

Ramai terinspirasi dengan kepimpinan Khairul Aming

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan gaya kepimpinan Khairul Aming yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang majikan kepada pekerjanya.

image is not availableimage is not available

Nak kerja dengan Khairul Aming!

Dalam pada itu, ramai meluahkan hasrat malah sudah lama bercita-cita mahu menjadi pekerja Khairul Aming namun, impian tersebut masih belum dicapai.

image is not available

Sumber: Threads @Khairul Aming