'Dapat suami baik, mencintai...' Hamil anak keempat, tekak Umisya Mazlan mengidam makanan manis, puji sikap Aslam layan kerenah

Family & ParentingLifestyle
21 May 2026 • 5:31 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dapat suami baik, mencintai...' Hamil anak keempat, tekak Umisya Mazlan mengidam makanan manis, puji sikap Aslam layan kerenah

FASA kehamilan pastinya menjadi momen yang paling indah buat setiap wanita, lebih-lebih lagi bila si suami jenis yang ringan tulang dan melayan setiap kerenah isteri yang sedang sarat.

Bertuah badan! Itu yang boleh digambarkan mengenai pempengaruh media sosial terkenal, Umisya Mazlan.

Menanti hari untuk menimang cahaya mata keempat, Umisya berkongsi cerita manis tentang fasa kehamilannya kali ini.

Jelas ibu kepada tiga anak ini, 'selera' mengandungnya kali ini agak berbeza kerana dia lebih cenderung untuk menikmati hidangan yang manis-manis.

"Sekarang ni Misha asyik nak makan manis, pencuci mulutlah, air manis lah. Tapi nasib baiklah, selama ni dia (suami) melayan eh.

"Dapat suami yang baik, yang mencintai," kongsinya ceria menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok.

Bukan sekadar melayan tekak yang mengidam, Umisya turut memuji sikap suaminya, Ahmad Aslam, yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang sangat penyayang serta bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai ketua keluarga dan bapa.

Image from: 'Dapat suami baik, mencintai...' Hamil anak keempat, tekak Umisya Mazlan mengidam makanan manis, puji sikap Aslam layan kerenah

Cahaya mata ketiga

Di samping bercerita tentang pengalaman mengandung, pempengaruh tersebut sempat menitipkan pesanan mendalam buat pengikutnya mengenai falsafah rumah tangga.

Baginya, kebahagiaan itu perlu dipupuk daripada diri sendiri terlebih dahulu.

"Kalau kita nak pasangan yang baik, kita kena jadi baik juga.

"Jika tidak dapat pasangan yang baik, maka itu adalah ujian buat kamu," ujarnya lagi sambil bersiap menyapu solekan di wajah.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian santai tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi positif daripada warga maya.

Rata-rata peminatnya sempat mengusik kebahagiaan pasangan ini selain tidak putus-putus mendoakan agar urusan proses kehamilan dan kelahiran Umisya dipermudahkan kelak.

Image from: 'Dapat suami baik, mencintai...' Hamil anak keempat, tekak Umisya Mazlan mengidam makanan manis, puji sikap Aslam layan kerenah

"patut makin manis sekarang ni seri bumil."

"Sabarnye seorang ibu itu Allah gantikan dengan kemanisan."

"Dia sedang berbahagia ,hebat budak ni,umur kecik akal dan cara fikir bukan ikut hati dia fikir anak-anak dia dulu, ALLAH dah kabulkan yang terbaik buat mereka semua,semoga kekal bersama berdua bahagia bersama anaknya."

"Macam mana dia sabar ye terima ujian sebelum ni... Bagus Misha ni."

"Pengalaman saya dulu, craving manis=bby girl."

"Umisya bahagia kami semua pn tumpang bahagia.. Alhamdulillah..."

Image from: 'Dapat suami baik, mencintai...' Hamil anak keempat, tekak Umisya Mazlan mengidam makanan manis, puji sikap Aslam layan kerenah

Terdahulu, teka-teki mengenai kehamilan Umisya mula diperkatakan netizen pada penghujung Mac lalu selepas penampilannya yang anggun mengenakan busana rona merah hati (maroon) di TikTok menampakkan perubahan fizikal atau baby bump.

Untuk rekod, Umisya dan Ahmad Aslam baru sahaja menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu seorang bayi perempuan yang comel pada pertengahan Februari 2025 yang lalu.

SinarPlus mendoakan agar Misha dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat!

Sumber: TikTok Umisya Mazlan

View Original Article