Dapatkan Nasihat Daripada Pihak Berkuasa Yang Sah, Bukan Coach Cerai – Timbalan Menteri Agama

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 6:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menasihatkan kepada pasangan suami isteri yang beragama Islam disarankan untuk dapatkan nasihat perkahwinan melalui pihak berkuasa yang sah, bukannya dengan ‘coach cerai’ yang berisiko memberikan panduan tersasar.

Beliau berkata, nasihat yang tidak bersandarkan syariat itu boleh mengelirukan dan ada potensi untuk merosakkan rumah tangga.

Tak patuh syariat, boleh porak perandakan rumah tangga

image is not available

Beliau turut menegaskan bahawa isu mengenai coach cerai ini telah memberi pengajaran bahawa mana-mana khidmat nasihat rumah tangga dan penceraian ini memerlukan pendekatan ilmu, kefahaman, bimbingan dan pihak berkuasa yang sahih.

“Rundingan yang adil perlu diambil sebelum sebarang tindakan diteruskan.”

Kenyataan ini diberikan berhubung dengan persoalan daripada Zulkifli Ismail (PN-Jasin) tentang tindakan kerajaan terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai kewujudan perkhidmatan ‘coach cerai’ di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Marhamah, penggunaan istilah dan pendekatan yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam yang mengelirukan seperti Coach Cerai ini harus dibendung supaya kefahaman masyarakat tidak menyimpang.

image is not available

“Ia penting bagi mengelak kegusaran awam khususnya dalam menyalurkan ilmu, kefahaman dan bimbingan yang sah.”

“Kerajaan MADANI melalui JAKIM memandang serius isu ‘coach cerai’ yang tular baru-baru ini susulan perceraian pasangan selebriti yang menyentuh urusan pentadbiran hal Islam.”

“Ia sepatutnya dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak.”

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.