
LAHAD DATU: Ibu bapa disaran agar segera mendapatkan rawatan sekiranya anak-anak mempunyai sebarang penyakit, termasuk bibir dan lelangit sumbing.
Ketua Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata, tindakan segera ibu bapa dapat memastikan anak-anak menerima rawatan pada masa yang terbaik.
Katanya, ada penyakit yang perlu dirawat dengan segera, namun kerana kegagalan ibu bapa membawa anak mendapatkan rawatan, anak mereka terlepas ‘waktu emas’ untuk merawat penyakit mereka.
“Sebagai ibu bapa, kesihatan anak-anak adalah keutamaan kita, jangan berlengah atau takut untuk mendapatkan rawatan dan sentiasa ikuti arahan doktor.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Langkah awal penting bagi memastikan anak-anak dapat menerima rawatan yang bersesuaian,” katanya, ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Grand Smile Operation Initiative (GSOI) di ruang legar Hospital Lahad Datu.
Menurut Mizma, rawatan untuk membetulkan bibir dan lelangit adalah perlu bagi memastikan anak-anak yang mengalami klef bibir atau lelangit dapat menjalani hidup dengan lebih yakin.
Katanya, kini hospital kerajaan mempunyai kepakaran bagi merawat pesakit klef.
“Kita juga mempunyai persatuan-persatuan yang boleh membantu dalam memberi pendidikan dan kesedaran, selain rawatan untuk pesakit klef.
“Jangan malu atau takut untuk mendapatkan rawatan. Kita perlu berusaha untuk membantu dan menyokong mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Mizma memuji inisiatif GSOI yang dilaksanakan oleh Hospital Lahad Datu dengan kerjasama Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) seperti CLAPAM dan Mercy Malaysia.
Katanya, inisiatif ini pasti akan memberi impak yang positif serta dapat merubah kehidupan pesakit klef.
“Saya yakin dengan adanya inisiatif GSOI ini, lebih ramai yang akan peka dengan keadaan pesakit klef dan tahu bahawa keadaan ini dapat dirawat serta dipulihkan,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

