
Penggemar raja buah mungkin sudah mendapatkan produk terbaharu di pasaran ini. Maklumlah ia tersedia dalam tempoh yang terhad, jadi tak akan buang masa bukan?
Bagi yang belum tahu, Sunshine Bakeries dengan bangganya memperkenalkan Roti Berkrim Durian Musang King edisi terhad, menjadikan raja buah-buahan Malaysia sebagai satu sajian baharu yang sukar ditolak!
Roti berkrim istimewa ini mengandungi isi durian Musang King sebenar yang berkualiti tinggi. Ia menawarkan rasa berkrim yang menggoda, khusus untuk para pencinta durian yang tidak mahu melepaskan peluang. Ditawarkan secara eksklusif bermula 15 Mei 2025, roti istimewa ini hanya tersedia dalam tempoh yang terhad.
Jika anda mahu menjadi salah seorang yang tidak boleh berkata tidak dengan durian, cepat-cepatlah ke kedai berhampiran untuk beli dan nikmati rasa mewah dan unggul Musang King dalam bentuk baharu yang menarik.
Sunshine Bakeries telah bekerja keras di sebalik tabir untuk mencipta kejutan buat para peminat durian. Teaser sempena Hari April Fool yang lalu telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat sehingga menjadi tular dengan ribuan perkongsian, membuktikan betapa kuatnya cinta rakyat Malaysia terhadap raja buah ini. Kini, impian itu menjadi realiti.
Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine akhirnya dilancarkan, membawa semula rasa cinta yang membuak-buak dalam setiap sapuan krim durian berkualiti tinggi.
Seiring dengan kreativiti Sunshine, roti krim ini bukan sekadar sajian manis, tetapi merupakan satu cara mencipta detik-detik kegembiraan dan ikatan sesama insan.
Sama ada anda penggemar durian tegar atau hanya ingin mencuba, Sunshine mengalu-alukan anda untuk turut serta dalam kegembiraan ini.
Bagi rakyat Malaysia, Musang King adalah raja segala durian, sesuai dengan namanya. Isinya yang berkrim dan manis berwarna emas itu bagaikan harta karun tropika yang ditunggu-tunggu saban musim oleh pencinta durian sejati.
Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine ini menghargai warisan kebangsaan tersebut dengan kombinasi roti lembut dan gebu yang diisi krim durian Musang King yang mewah.
Setiap kunyahan memberikan rasa durian yang mewah dan lemak berkrim. Roti berkrim ini hadir dalam bentuk yang mudah dibawa ke mana-mana, sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.

Sama ada anda sedang bekerja, dalam perjalanan atau bersantai di rumah, Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine menyajikan pengalaman durian gourmet tanpa kerumitan, tiada kulit keras untuk dibelah, tiada jari yang melekit. Hanya keenakan durian dalam setiap suapan yang memanjakan deria rasa anda.
Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Edisi ini sangat terhad, bila habis, tiada pengeluaran semula! Roti berkrim ini bukan sahaja sesuai untuk dikongsi, dijadikan hadiah atau sekadar memanjakan diri, malah menambahkan keceriaan pada setiap detik istimewa anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Sunshine Bakeries di https://www.sunshinebakeries.com.my/ atau ikuti Sunshine Bakeries di Instagram. - Getaran, 27 Mei 2025
Foto : Sunshine Bakeries

