Dapatkan Siri iPhone 15 Dengan Harga Promosi Dan Baucar Sehingga RM250 Di TMT

TechnologyDigital
29 Sep 2023 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

  • Info
  • Teks asal – Farah Izzati

Baru-baru ini Apple telah membuka sesi pra-tempah untuk siri iPhone 15 yang terbaru. Adakah anda dapat membuat pra-tempah untuk peranti ini? Jika tidak sempat, jangan risau kerana anda boleh membelinya melalui Thunder Match Technology (TMT). Jika membuat pembelian melalui mereka, terdapat beberapa faedah yang anda boleh terima.

Apa yang anda dapat jika membeli siri iPhone 15 melalui TMT? Antaranya adalah jika anda membuat pembelian bagi mana-mana siri iPhone 15 melalui mereka, anda berpeluang untuk menerima baucar TMT sehingga RM250 serta hadiah eksklusif dari TMT. Hadiah eksklusif ini terdiri daripada TMT Premium Reusable Box, TMT Premium Phone Lanyard dan juga TMT Premium MagSafe Wallet Stand.

image is not available

TMT Berkolaborasi Bersama Bank Terpilih Bagi Baucar RM100

Malah, pihak TMT juga telah berkolaborasi dengan beberapa pihak bank untuk penjualan siri iPhone 15 ini. Antara syarikat perbankan yang terlibat adalah seperti AmBank, CIMB Bank, HSBC, Maybank, UOB dan CitiBank. Jika anda pengguna bank CIMB, HSBC, dan Maybank, anda berpeluang untuk menerima baucar TMT bernilai RM100. Anda juga diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama 12 bulan sehingga 24 bulan.

Bagi pengguna bank UOB, CitiBank dan AmBank pula, anda boleh membuat bayaran secara ansuran sehingga 36 bulan bagi pembelian siri iPhone 15 ini. Jaminan peranti yang ditawarkan oleh pihak TMT adalah sehingga 2 tahun. Namun harus diingatkan bahawa, baucar TMT ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan Apple sahaja.

image is not available

Turut Menawarkan Kaedah Pembayaran Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL)

Tidak terhenti disitu sahaja, untuk promosi kali ini juga TMT berkolaborasi bersama Atome dan LatitudePay untuk menawarkan kaedah pembayaran Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL). Bagi anda yang ingin membeli siri iPhone 15 menggunakan Atome, anda akan mendapat baucar bernilai RM50 untuk digunakan pada pembelian yang seterusnya dengan pembelian minimum RM300.

Manakala, jika anda ingin membeli iPhone 15 Pro khususnya, anda boleh menggunakan BNPL dari LatitudePay kerana anda akan menerima rebat bernilai RM100 untuk apa sahaja barangan tambahan. Melalui kaedah pembayaran BNPL seperti ini, ia memberikan anda kemudahan dari segi pembayaran kerana anda boleh membayar secara ansuran tanpa perlu membuat pembayaran penuh terlebih dahulu.

Promosi Yang Berbaloi Untuk Didapatkan Dan Stok Adalah Terhad

image is not available

Selain daripada itu, pihak TMT juga mengadakan pelbagai pilihan promosi yang berbaloi untuk anda dapatkan. Misalnya, anda boleh mendapatkan palam pengecas USB-C 20W dengan harga promosi serendah RM19 ataupun menikmati potongan harga sehingga RM60 untuk perlindungan skrin jika anda membeli bersama siri iPhone 15.

Untuk memberi tambah nilai kepada pembelian, anda juga boleh mendapatkan promosi Mix & Match, dimana anda boleh padankan pelbagai aksesori Apple dengan harga RM199 sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyertai program tukar beli dimana anda boleh menukar beli siri iPhone 15 dengan beberapa telefon yang terpilih seperti iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

image is not available

TMT juga menawarkan potongan sebanyak 50% untuk pelan perlindungan peranti jika membeli siri iPhone 15 dengan mereka. Misalnya, jika anda ingin membeli pelan perlindungan TMT Insure 1, harga asalnya adalah RM89, tetapi jika membelinya dengan siri iPhone 15 secara ansuran atau bayaran penuh, anda akan layak untuk mendapatkan potongan harga pelan perlindungan sebanyak RM45 sahaja.

image is not available

Kesimpulan

Kesimpulannya, promosi yang ditawarkan oleh TMT ini merupakan tawaran yang berbaloi untuk anda dapatkan. Melaluinya, anda boleh menikmati pelbagai potongan harga, baucar malah boleh membeli dahulu dan membayarnya kemudian mengikut tempoh yang diberikan. Jika anda sedang menunggu masa yang sesuai untuk membeli peranti baharu, ini merupakan waktu yang tepat kerana tawaran TMT ini semestinya sukar untuk dilepaskan begitu sahaja.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk menjadi antara yang terawal untuk memiliki siri iPhone 15 ini, anda bolehmendapatkannya di kedai TMT yang berdekatan atau secara atas talian menerusi laman web TMT mulai hari ini sementara stok masih ada. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh mengikuti laman Facebook TMT atau laman rasmi TMT sekarang.

Penafian: Advertorial daripada Thunder Match Technology (TMT) Malaysia