“Darah Pekat Membuak-Buak” – Ibu Dedah Gambar Keadaan Syamsul Haris Di Unit Forensik, Mahkamah Arah Kubur Digali Semula

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 3:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sukai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin digali semula.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun.

Menurut Bhupindar Singh, proses menggali semula kubur itu dibuat atas tujuan untuk melakukan bedah siasat kali kedua ke atas jasad Allahyarham.

Tambahnnya, proses bedah siasat itu juga perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.

image is not available

Sumber : Jalaluddin Baharin  

image is not available

Sebelum ini, wanita berusia 45 tahun tersebut turut memohon inkues dijalankan untuk menyiasat punca kematian anaknya yang meninggal dunia ketika mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram pada 28 Julai lalu.

Menerusi temu ramah baru-baru ini, Ummu Haiman telah berkongsi foto anaknya ketika proses bedah siasat untuk menunjukkan bukti bahawa apa yang dikatakannya sebelum ini benar.

Ummu Haiman berkata ketika bedah siasat dijalankan darah membuak-buak keluar tanpa henti dari hidung dan telinga Syamsul Haris dan turut mendakwa dia tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah anaknya.

image is not available

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam kematian pelatih berkenaan.

image is not available 2025-08-04 16:24:03

Ibu Kongsi Momen Hantar Syamsul Haris Ke Kampus Sebelum Meninggal Dunia Ketika Latihan PALAPES - "Bawa Dia Balik Sebagai Jenazah..."