Nights Of Fright kembali lagi untuk tahun ke-12 dan kali ini mereka menjanjikan pengalaman yang lebih mendebarkan dan menyeramkan.
Kalau anda nak tahu apakah antara kisah-kisah seram yang ada di Nights Of Fright 12 ni, jom kami kongsikan.
Advertisement1. Serangan Mawas Di APE-OCALYPSE

Jujur cakap, pada awal kami tak tahu nak jangka apa daripada rumah hantu yang menggabungkan Planet of the Apes dan Mad Max ni.
Tapi, bila dah masuk, fuh rasa nak gugur jantung! Bila masuk saja, anda akan nampak suasana persekitaran yang dah musnah, dan pada waktu itu lah korang akan dikejutkan dengan bayangan beruk gergasi yang tiba-tiba muncul bawa chainsaw.
Siapa yang suka cabaran adrenaline rush tu, anda wajib masuk APE-OCALYPSE ni.
2. Yokai Road, Laluan Roh Ghaib

Kalau anda ada claustrophobic, kami yakin anda mesti akan terus rasa resah gelisah menyusuri Yokai Road di pekan sunyi Fukusaki, Jepun.
Berbeza daripada pengalaman berjalan sendiri malam-malam dekat luar, kalau anda menyusuri jalan sempit dalam rumah hantu ini, anda akan terus rasa seram sejuk seolah-olah ada yang memerhati.
Paling seram, bila mereka tunjukkan sumpahan kuno dan makhluk Yokai yang nampak sangat real depan mata! Waktu ni memang rasa nak keluar terus dari rumah hantu ni.
3. The Freezer: Fresh Meat, Mencari Mangsa Untuk Disembelih

Bayangkan korang kena lalu dekat dalam bilik gelap, dikelilingi cangkuk daging yang masih bergerak dan bangkai haiwan tergantung di kiri kanan, siap ada bunyi mesin pemotong lagi.
Mungkin situasi ini sedikit mendebarkan, tapi bila dah ternampak ada orang kejar dengan bawa pisau pemotong, haa waktu ni confirm semua orang lari ketakutan sebab dia akan kejar anda sampai penghujung tau!
4. Berhalusinasi Dalam Little Shop of Horrors: Manga UV 3D
Bayangkan masuk-masuk terus nampak makhluk pemakan manusia macam Audrey Junior. Siapa je yang terkejutkan?
Serius mind-blown dapat rasai sendiri pengalaman unik filem seram B-Movie klasik ditukarkan menjadi dunia anime manga 3D yang sangat memukau!
Kalau korang pencinta dunia anime dan sukakan elemen seram dengan visual bercahaya yang futuristik, korang memang wajib datang dan rasa sendiri pengalaman dipukau.
5. The (Not-So) Wonderful Wizard of OZ Bawa Anda Berjumpa Ahli Sihir
Kalau anda peminat filem Wizard of Oz, anda wajib masuk rumah ini sebab anda bakal dibawa masuk ke dalam versi dongeng yang jauh lebih gelap, berhantu dan penuh dengan kejutan!
Bila masuk saja rumah ini, anda perlu menyusuri laluan Yellow Brick Road bersama Dorothy dan anda perlu mengelak daripada serangan Wicked Witch dan monyet terbang yang sentiasa mengejar dari pelbagai sudut.
Bukan itu saja, untuk mencari Glinda, anda juga perlu melalui laluan berliku Emerald City Palace dan anda akan berjumpa dengan makhluk-makhluk hutan yang sangat menakutkan.
6. Jangan Berseorangan Di Return To Silent Hill

Cuba bayangkan anda tiba-tiba berada di sebuah bandar yang senyap sunyi, tanpa ada seorang pun manusia. Tipulah kalau anda tak rasa takut kan?
Kalau dekat rumah ini, anda sebenarnya tidak keseorangan sebab ada juga makhluk-makhluk yang tak disangka akan kacau anda sepanjang anda mencari jalan keluar.
7. Plot Twist Di The Romeos & Juliet

Peminat K-Pop mesti boleh relate dengan rumah ini! Rumah ini mengisahkan tentang Sophia yang cuba macam-macam cara untuk menjatuhkan Juliet daripada memegang takhta peminat nombor 1 kumpulan terkenal, The Romeos.
Banyak drama dan adegan menggerunkan menanti. Nak tahu apa jadi pada Juliet, anda wajib masuk ke rumah ini.
8. Patung Atau Hantu Betul? Tengok Sendiri Di Horrorwood Wax Studio

Dalam banyak-banyak rumah, ini adalah rumah yang paling mendebarkan sebab cuba bayangkan anda dikelilingi dengan patung-patung.
Tapi! Dalam banyak-banyak patung tu, ada yang sedang memerhati dan menunggu masa untuk menerjah. Lagi seram, bayangkan sebenarnya dalam banyak-banyak patung tu hantu betul?
9. Kisah Seram Dua Hantu Malaysia Di Scarytales Immersive Theater: Pontianak vs Pocong: Origins

Kalau anda suka dengan kisah-kisah seram tempatan, ada wajib masuk ke teater ini sebab ia menceritakan kisah disebalik Pontianak dan Pocong.
Jujur cakap, anda harus sentiasa dalam keadaan bersedia sebab dua hantu ini akan muncul tiba-tiba secara mengejut dan mungkin akan berjalan di belakang anda sepanjang teater berlangsung.
Rasai Sendiri Pengalaman Seram Di Nights Of Fright 12 Sekarang!
NOF12 kali ini memang penuh dengan rumah-rumah yang sangat menyeramkan dan mendebarkan.
Daripada kisah-kisah hantu tempatan hinggalah luar negara, semuanya memberikan impak yang cukup kuat pada pengunjung.
Jadi, tunggu apa lagi? Tak kan nak baca je? Dapatkan tiket ke Nights Of Fright 12 sekarang dengan layari laman web rasmi Sunway Lagoon, Sunway Super App atau KLOOK.
The post Dari Awal Dah Kena Kacau, 9 Tarikan Nights Of Fright 12 Kali Ini Pasti Bikin Meremang! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



