
PELAWAK dan penyampai radio Johan Raja Lawak bersama isterinya, Ozlynn Waty, sering mencuri perhatian ramai dalam cara mereka membesarkan cahaya mata.
Baru-baru ini, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim menerusi audio siar mendedahkan ketegasannya dalam memupuk rasa hormat dan adab kepada ibu anak-anaknya.
Podcast yang dikendalikan oleh Michelle Wee itu menyaksikan penyampai radio itu berkongsi pendekatan tegasnya dalam mendidik anak-anak supaya sentiasa menghormati ibu mereka.

"Anak aku, aku panggil kau tak menyahut tak apa.
"Emak mereka (Ozlynn) panggil kau tak menyahut, dari belakang aku sepak.
"Sembilan bulan dia gendong kau. Mak kau minta tolong, tak menyahut kau tak datang. Kau memang nak kena dengan aku," kongsi Johan.
Artikel berkaitan:

Menerusi ruangan komen hantaran yang menerima lebih lima juta tontonan itu, warga maya rata-rata tidak menyangka di sebalik karakter humor Johan tersembunyi sisi tegas.
"Johan jika bab agama dia tegas dengan anak-anak."
"Johan didik anak cara orang lama, insya-ALLAH akan jadi manusia berakhlak. Sebab orang-orang zaman sekarang anak tak boleh disentuh, sebab itu yang jadi ibu melahirkan tuannya."
"Ciri suami yang faham agama, dia akan didik anak hormat ibu kerana syurga anak-anak ada pada ibu."
Sekadar info, Johan dan Ozlynn Waty mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Mereka turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania, dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.
Sumber: TikTok
