“Dari budak baik jadi jahat” – Ibu Kecewa Anak Berubah Terjebak Gejala Tidak Sihat Sebab Dibuli

Entertainment
20 Aug 2025 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika ini, isu buli menjadi topik hangat yang dibincangkan di media sosial selepas apa berlaku terhadap pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Bercakap tentang topik buli, seorang pemanggil dalam program bual bicara TV AlHijrah meluahkan rasa kecewa berkenaan anaknya yang tiba-tiba berubah menjadi pelajar nakal gara-gara dibuli di sekolah.

Menerusi klip video yang dikongsikan di laman Instagram TV AlHijrah, ibu kepada pelajar itu menceritakan realiti kes buli yang berlaku sehingga membuatkan anaknya daripada seorang budak berdisiplin di sekolah berubah menjadi seorang budak nakal.

image is not available

“Saya nak bagitahu yang buli ni memang terjadi tau. Dia bukannya satu dongeng atau pun angan-angan. No! Yang selalu kata tak ada kejadian buli, actually it happen.

“Kesan dia sampai sekarang anak saya spoil tau. Dia tak nak jadi baik. Dia balik rumah dia cabut tali leher pengawas dia tu lepas tu dia kata nak jumpa cikgu dan resign jadi pengawas,” katanya.

Katanya, anaknya kemudian terjebak dengan gejala tidak sihat seperti merokok dan mengambil dadah serta bergaul dengan pelajar-pelajar nakal kerana mendapat sokongan daripada kumpulan ini.

Dakwa ibu tersebut, pelbagai cara dia lakukan dan ia memakan masa bertahun-tahun untuk memulihkan kembali anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV ALHIJRAH (@tvalhijrah114)

“Lepas tu dia masuk geng budak-budak jahat. Dia try rokok, sebab dia kata geng-geng jahat yang support dia. Dia terjebak dengan dadah.

“Saya cakap terang-terang ya, ia mengambil masa bertahun untuk saya repair dia. Saya dah try pergi Darul Syifa, saya pergi Darul Salam, saya kuatkan semangat dia, saya pujuk dia baca Yasin dan macam-macam lagi,” katanya.

Luah ibu itu lagi, apa yang membuatkan dia berasa kesal apabila aduan yang dibuat kepada pihak sekolah mengenai isu buli tidak diendahkan.

“Daripada anak yang baik tak pernah tinggal sembahyang, dia totally change. Dia tukar jadi jahat sejahat-jahatnya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, dia kini bersyukur anaknya telah pulih semula walaupun kejadian yang menimpa anaknya telah memberikan kesan kepada mereka.

Korang boleh dengar luahan penuh ibu ini di sini.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article