Dari Cinta Boleh Jadi Benci, Amir Ahnaf Kongsi Maksud Filem SAYANG SAYANG - “Walaupun Kita Berbeza…”

4 Nov 2026 • 3:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Dari Cinta Boleh Jadi Benci, Amir Ahnaf Kongsi Maksud Filem SAYANG SAYANG - “Walaupun Kita Berbeza…”

Pelakon, Amir Ahnaf berkongsi maksud di sebalik tajuk filem SAYANG SAYANG arahan Tang Hsiang-Chu.Menurut Amir, sayang merangkumi pelbagai perasaan yang boleh berubah mengikut keadaan, termasuk cinta, benci dan sebagainya.Bagaimanapun, katanya, filem ini ingin mengetengahkan mesej meskipun masyarakat mempunyai perbezaan dari segi bangsa dan budaya, perasaan sayang tetap menjadi penghubung yang menyatukan semua.“Cinta ini adalah setiap pergerakan yang kita ada. Kita boleh sayang. Dari cinta boleh jadi benci. Dari cinta boleh jadi sayang dan sebagainya.“Produksi ingin ketengahkan walaupun kita berbeza budaya dan bangsa tetapi yang satukan kita adalah sayang. Dia ceritakan isu dan tragedi tetapi lama-lamanya akan sayang-sayang,” katanya kepada Gempak.SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza iaitu Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, mengejar impian serta mencari tempat mereka dalam kehidupan.Selain Amir, filem tersebut turut menampilkan Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Jo Kukathas, Sasha Tang, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Vemanna Appannah, Khir Rahman dan ramai lagi.SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 5 November depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved