Dari hamil sampai anak besar! Isteri jumpa pakaian dalam wanita lain dalam mesin basuh

28 May 2025 • 1:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita mendedahkan kecurangan bekas suaminya yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia sedang hamil, sehingga membawa kepada penceraian mereka baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, wanita dikenali sebagai Sarah memaklumkan dia dan bekas suaminya sah bercerai semalam selepas beberapa bulan berdepan tekanan emosi akibat kecurangan suami bersama seorang pegawai bank.

Isteri jumpa pakaian dalam wanita lain dalam mesin basuh

Menurut Sarah, hubungan sulit itu dipercayai bermula sejak Januari lalu ketika kandungannya berusia empat bulan dan berterusan sehingga anak mereka kini berusia tujuh bulan.

“Saya dan dia sah bercerai. Buat apa lagi saya simpan aib mereka yang menyeksa mental saya dari saya mengandung sampai anak tujuh bulan. Perkara ini dah kantoi sejak Januari,” katanya.

image is not available

Sarah turut berkongsi detik mengejutkan apabila menemui pakaian dalam wanita lain yang dibasuh bersama pakaian mereka di dalam mesin basuh di rumah.

“Ada ke suami pergi basuh baju di rumah isteri orang. Spray pengeras pun dia beli guna alamat rumah ini,” ujarnya.

Sarah juga menyatakan dirinya dipersalahkan apabila berani bersuara mengenai isu tersebut, meskipun dirinya yang menjadi mangsa.

“Akhirnya saya juga yang dipersalahkan sebab lantang bersuara,” katanya.

image is not available

Dalam hantaran sama, Sarah memohon agar pihak atasan institusi kewangan terlibat mengambil tindakan terhadap kakitangan mereka yang didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

“Seronoklah lepas ini boleh bebas bermaksiat. Seorang dah jadi janda dan seorang lagi duda,” tulisnya lagi.

image is not available

Terdahulu, ciapan Sarah menerima perhatian ramai yang bersimpati dengan keadaannya dan turut mengecam tindakan bekas suaminya yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

Sumber: TikTok sarahghaz