Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Abdul El-Sayed mengukir sejarah politik baharu selepas memenangi kerusi Senat bagi negeri Michigan dalam pilihan raya pertengahan penggal AS. Kemenangan tokoh Demokrat berusia 42 tahun itu menjadikannya individu Muslim pertama yang berjaya dipilih ke Dewan Senat Amerika Syarikat.
Dalam ucapan kemenangannya di hadapan para penyokong, El-Sayed meluahkan rasa syukur dan mengimbau kembali perjalanan kempennya yang penuh cabaran.
Artikel berkaitan: Trump Letak Syarat Arab Saudi Wajib Iktiraf Israel Demi Perjanjian Nuklear
Artikel berkaitan: Hilang Pentas Demi Gaza: Bagaimana Macklemore ‘Gegar’Industri Muzik Amerika Syarikat
“Sepanjang kempen ini, anda mungkin perasan saya sentiasa menyebut InshaAllah setiap kali membicarakan tentang keputusan pilihan raya ini. Namun pada malam ini, kita boleh mengubah InshaAllah itu kepada Alhamdulillah.
Bagi pihak lawan dari sayap kanan, itu bermaksud Segala Puji Bagi Tuhan. Terima kasih kerana mengambil risiko untuk menyokong calon yang paling tidak disangka-sangka ini. Ini adalah kejayaan anda semua,” katanya.
Kemenangan bekas pengarah kesihatan awam ini dicapai selepas menewaskan pencabarnya dari Parti Republikan, Mike Rogers, dalam persaingan sengit di salah satu negeri tumpuan (battleground state) paling penting di AS.
Kejayaan ini juga diraih walaupun beliau berdepan tekanan politik, kontroversi, serta keputusan mengejut bekas rakan separtinya, Haley Stevens, yang berpaling tadah menyokong calon Republikan pada hari-hari terakhir kempen.
Bercakap mengenai perancangannya di Washington, El-Sayed menegaskan komitmennya untuk berkhidmat demi rakyat Michigan serta meneruskan agenda reformasi ekonomi, kesihatan, dan mengurangkan pengaruh wang korporat dalam politik.
Sumber: News24
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


