“Dari Kak Sha ke Sayang” – Netizen Stalk Tweet Lama Ubai Pasal Shila Amzah Sejak 2011

Entertainment
9 Aug 2023 • 6:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Persoalan mengenai hubungan Shila Amzah dan Ubai telahpun terjawab apabila mereka telahpun disatukan pada hujung minggu lepas, ia membuatkan ramai peminat mereka rasa gembira apabila melihat mereka.

Siapa sangka, daripada seorang peminat kini telah menjadi isterinya, perkara ini telah didedahkan oleh Ubai sendiri dengan mengatakan bahawa dia meminati Shila Amzah sejak di bangku sekolah lagi.

Disebabkan itu, ada netizen ‘geledah’ akaun Twitter milik Ubai menunjukkan yang dia berhubung dengan Shila Amzah sejak tahun 2011 sebagai seorang peminat pada waktu itu. Comel je, dulu panggil Kak Sha.

 

“Kalau dah nama jodoh”

Dalam video tersebut, semua tweet milik Ubai ada berhubung dengan Shila Amzah dan memanggilnya ‘Kak Sha’ sebagai tanda hormat. Ia membuatkan ramai netizen ‘cair’ kerana tidak menyangka bahawa daripada crush terhadap idola terus menjadi isterinya.

image is not available image is not available

Ok lepasni kena rajin contact Beyonce, mana lah tau ada jodoh jadi fiance. Tiberr

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.