“Dari Kau Pakai Sendat, Tak Selera, Berlemak” – Madu Marissa Dikritik Selekeh, Aslam Tampil Pertahan Isteri

EntertainmentLifestyle
2 Jul 2025 • 3:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan, lebih selesa mengenakan pakaian longgar agar mudah menunaikan solat fardu ketika berada di tempat awam.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Umisya dilihat mengenakan pakaian sedondon bersama suaminya, Aslam, dan anak bongsu mereka, Haya.

Namun dalam video berdurasi satu minit itu, penampilan Umisya yang sering menggayakan pakaian baggy mengundang kecaman apabila ada pihak menganggapnya tampak selekeh.

Tidak berdiam diri, Aslam tampil mempertahankan isteri pertamanya dengan membidas komen negatif yang mempertikai gaya pemakaian Umisya.

Daripada kau pakai sendat-sendat. Tengok pun tak selera. Berlemak-lemak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Umisya kerana tetap bergaya meskipun menutup aurat sepenuhnya. Ramai juga yang memuji Aslam kerana berani bersuara mempertahankan isteri tercinta daripada komen toksik netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Pakai Pun Ketat, Nanti Jadi Duta Durex" - Ain Husniza Bersuara Isu Gangguan Seksu*l, Kesal Netizen Gemar Komen L*cah