Dari Lembah Klang Ke Pulau Pinang, JAECOO J5 EV Takeover Bawa Pengalaman EV & Gaya Hidup Terus Ke Lokasi Anda!

25 Nov 2026 • 12:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perasan tak, bila memandu dekat lebuhraya, kiri, kanan, depan, belakang penuh dengan kereta elektrik (EV).

Mana taknya, kereta EV ni bukan setakat mesra alam dan bergaya, malah memang cukup praktikal untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh tau.

Advertisement

Haa, bagi anda yang memang meminati kereta EV atau ada pasang niat untuk angkut satu, tahu tak OMODA & JAECOO Malaysia sekarang tengah buat jerayawara JAECOO J5 EV Takeover.

Bakal Merentasi 3 Wilayah Utama Di Malaysia

Bermula pada 24 November dan berakhir pada 13 Disember 2026, jerayawara ini akan merentasi 3 wilayah utama di Semenanjung Malaysia iaitu Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang.

Image from: Dari Lembah Klang Ke Pulau Pinang, JAECOO J5 EV Takeover Bawa Pengalaman EV & Gaya Hidup Terus Ke Lokasi Anda!

Berbeza dengan cara pendekatan jenama lain, OMODA & JAECOO Malaysia step up taktik promosi mereka dengan melakukan konvoi jalanan pada hari minggu dan acara pop-up pada hujung minggu tau.

Paling best, selain daripada dapat melihat dan rasai sendiri JAECOO J5 EV ni, anda juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik, dihiburkan dengan muzik dan menyertai aktiviti interaktif bersama keluarga tersayang.

Menangi Hadiah Lumayan Dengan ‘Snap & Win’

Sejujurnya, promosi OMODA & JAECOO Malaysia ni sangat lain daripada lain sebab untuk konvoi ini, mereka bawakan empat buah jentera JAECOO J5 EV yang akan melalui mercu tanda ikonik bandar setiap lokasi serta kawasan tumpuan ramai.

Mereka siapa letak plug pengecas EV bersaiz gergasi di atas bumbung, menjadikan promosi ini lebih ikonik tau.

Apa yang bestnya, anda berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan menerusi ‘Snap & Win’. Caranya mudah saja:

Langkah 1: Tangkap gambar atau video paling kreatif semasa konvoi JAECOO J5 EV

Langkah 2: Muat naik hantaran ke akaun media sosial beserta tanda pagar #J5EVTakeover

Nak tahu apakah hadiah menarik menanti? Ikuti media sosial OMODA & JAECOO Malaysia di Facebook dan Instagram.

Jangan Lupa Tarikh Penting Ini! Jadual Konvoi & ‘Weekend Pop-Up’

Untuk anda yang memang tak sabar untuk menyertai jerayawara JAECOO J5 EV Takeover, tanda dulu tarikh-tarikh penting ini dalam kalender anda!

Lembah Klang

Konvoi Jalanan: 24 hingga 27 November 2026

Weekend Pop-Up: 28 hingga 29 November 2026 di The Campus, Ampang

Ipoh, Perak

Konvoi Jalanan: 1 hingga 4 Disember 2026

Weekend Pop-Up: 5 hingga 6 Disember 2026 di Hugh’s Ipoh

Pulau Pinang

Konvoi Jalanan: 8 hingga 11 Disember 2026

Weekend Pop-Up: 12 hingga 13 Disember 2026 di Hin Bus Depot, Pulau Pinang

Kopi, Muzik & Pandu Uji Semua Dalam Satu Hujung Minggu!

Mesti anda tertanya-tanya apa yang menarik untuk Weekend Pop-Up ni betul tak? Tahu tak, anda bukan setakat boleh tengok rekaan luar dan dalam JAECOO J5 EV dari jarak dekat, malah and juga boleh terus daftar untuk sesi pandu uji tau bagi merasai pengalaman pemanduan.

Bukan itu saja, anda juga boleh santai-santai menikmati kopi sambil layan muzik daripada persembahan DJ secara langsung menerusi aktiviti Coffee Rave.

Lagi best, kalau datang beramai-ramai dengan kawan atau keluarga, anda boleh cuba juga permainan interaktif seperti JAECOO Giant Jenga dan Fix the Frunk Puzzle.

Jom Meriahkan JAECOO J5 EV Takeover!

Jujur cakap, acara jerayawara ini adalah acara yang paling anda tak boleh lepaskan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan JAECOO J5 EV Takeover.

Pastikan bila anda spot konvoi mereka, jangan lupa untuk tangkap gambar atau video banyak-banyak tau. Paling penting book slot test drive untuk pengalaman rasai sendiri pemanduan dengan JAECOO J5.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OMODA & JAECOO Malaysia atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

 

The post Dari Lembah Klang Ke Pulau Pinang, JAECOO J5 EV Takeover Bawa Pengalaman EV & Gaya Hidup Terus Ke Lokasi Anda! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved