
Apabila menyebut tentang motorsport, perhatian lazimnya tertumpu kepada jentera, pemandu, kelajuan dan keputusan di atas litar. Namun, sebelum sesebuah kereta perlumbaan berada di petak grid, terdapat satu rangkaian kerja penting yang berlaku jauh daripada perhatian penonton iaitu logistik.
Bagi Ali Imran, Pengasas dan Pemilik FNF Golden Gate Sdn. Bhd. serta FNF Motorsports, penglibatan dalam dunia perlumbaan bukan sekadar memenuhi minat terhadap sukan permotoran.
Sebaliknya, motorsport dilihat sebagai satu bentuk business diversification, selain menjadi platform untuk membuka ruang networking, meningkatkan pendedahan jenama dan meneroka peluang baharu untuk perniagaan teras FNF Golden Gate Sdn. Bhd.
Daripada Peluang Jentera Milik HARO Kepada FNF Motorsports
Penglibatan Ali dalam dunia perlumbaan bermula daripada satu peluang yang diperkenalkan oleh rakannya, Azrul, yang kemudiannya membawa beliau bertemu Bamman.
Daripada pertemuan tersebut, Ali mendapat pendedahan mengenai peluang berkaitan jentera milik HARO yang melibatkan sekitar 30 unit.
Dengan mempunyai sedikit modal dan melihat potensi yang ada, Ali mengambil peluang tersebut bukan sahaja atas dasar minat terhadap perlumbaan, tetapi turut melihatnya dari sudut perniagaan.
Daripada situlah lahirnya FNF Motorsports, yang kini menjadi platform baharu buat Ali untuk mengembangkan penglibatan dalam dunia motorsport.
Bagi Ali, racing bukan sekadar hobi yang sihat, tetapi turut membuka peluang kepada satu bentuk kepelbagaian perniagaan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang yang telah lama diceburinya.
Logistik: Nadi Yang Menggerakkan Perlumbaan
Di sebalik setiap kejohanan, terdapat keperluan logistik yang besar.
Pergerakan sesebuah pasukan bukan hanya melibatkan jentera perlumbaan. Ia turut merangkumi alat ganti, tayar, peralatan teknikal, kelengkapan pitlane, kargo serta keperluan kru pasukan.
Lebih mencabar apabila pasukan menyertai perlumbaan di luar negara seperti Thailand Super Series menerusi Eighty-Six Challenge Thailand, apabila aspek pengangkutan rentas sempadan, dokumentasi, kastam dan masa penghantaran perlu dirancang dengan teliti.
Di sinilah Ali melihat satu peluang yang lebih besar untuk FNF Golden Gate Sdn. Bhd.
Penglibatan secara langsung dalam motorsport membolehkan beliau memahami keperluan pasukan perlumbaan bukan hanya dari perspektif seorang pemilik pasukan dan pemandu, tetapi juga daripada sudut operasi serta logistik.
FNF Golden Gate Sdn. Bhd. Diiktiraf MIDA Sebagai Penyedia IILS
Kekuatan FNF Golden Gate Sdn. Bhd. dalam bidang logistik turut disokong oleh keupayaannya sebagai penyedia International Integrated Logistics Services (IILS) yang diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pengiktirafan ini menjadi satu elemen penting dalam perkembangan FNF Golden Gate Sdn. Bhd., khususnya dalam memperkukuhkan keupayaan syarikat untuk menawarkan perkhidmatan logistik bersepadu yang melibatkan operasi antarabangsa.
Dengan pengalaman lebih sedekad dalam bidang logistik, termasuk urusan import dan eksport, freight forwarding serta pelepasan pelabuhan dan kastam, FNF Golden Gate Sdn. Bhd. telah mengendalikan pergerakan kargo merentasi pelbagai destinasi antarabangsa seperti Dubai, India, Turki, Vietnam dan Singapura.
Keupayaan tersebut memberi FNF Golden Gate Sdn. Bhd. satu asas yang kukuh untuk melihat potensi logistik motorsport secara lebih serius, terutama apabila perlumbaan melibatkan pergerakan jentera dan peralatan merentasi sempadan.
Dalam konteks motorsport, keperluan logistik bukan sekadar memastikan sesuatu barangan sampai ke destinasi.
Masa, pengendalian, dokumentasi dan prosedur kastam semuanya memainkan peranan penting, kerana kelewatan pada satu bahagian boleh memberi kesan terus kepada persediaan sesebuah pasukan sebelum perlumbaan bermula.
Pengalaman Logistik Lebih 10 Tahun Jadi Kelebihan
FNF Golden Gate Sdn. Bhd. mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang logistik, termasuk urusan import dan eksport, freight forwarding serta pelepasan pelabuhan dan kastam melibatkan pelbagai destinasi antarabangsa.
Pengalaman tersebut menjadi asas penting apabila FNF Golden Gate Sdn. Bhd. melihat potensi untuk membawa kepakaran logistiknya lebih jauh ke dalam industri motorsport.
Menurut Ali, keperluan pasukan perlumbaan berbeza daripada penghantaran kargo biasa.
Jentera perlumbaan memerlukan pengendalian yang lebih teliti, manakala peralatan dan kargo pasukan pula perlu tiba mengikut jadual perlumbaan yang ketat.
Dengan memahami kedua-dua aspek logistik dan sukan permotoran, FNF Golden Gate Sdn. Bhd. melihat peluang untuk menawarkan penyelesaian yang lebih khusus kepada pasukan serta penganjur acara perlumbaan.
Motorsport Sebagai Stepping Stone Untuk Perniagaan
Bagi Ali Imran, kewujudan FNF Motorsports tidak hanya berkisar tentang keputusan perlumbaan.
Ia turut menjadi satu stepping stone untuk membina networking dalam industri, memperkenalkan jenama kepada lebih ramai pihak dan membuka ruang kepada peluang perniagaan baharu.
Penglibatan secara langsung dalam perlumbaan membolehkan FNF berada lebih dekat dengan pasukan, penganjur, pemilik jentera dan pemain industri yang mempunyai keperluan logistik tersendiri.
Pada masa yang sama, pengalaman tersebut membantu FNF Golden Gate Sdn. Bhd. memahami dengan lebih mendalam cabaran yang dihadapi oleh komuniti motorsport, khususnya apabila melibatkan perjalanan rentas sempadan.
Bagi Ali, motorsport bukan sekadar platform untuk berlumba, tetapi juga ruang untuk melihat sendiri keperluan pasaran yang mungkin boleh diterokai oleh perniagaan logistiknya.
Menuju Logistik Khas Untuk Motorsport
Daripada perspektif Ali, potensi ini boleh dikembangkan lebih jauh.
FNF Golden Gate Sdn. Bhd. mempunyai aspirasi untuk menjadi antara peneraju penyedia perkhidmatan logistik khusus untuk industri motorsport di Malaysia, dengan menggabungkan pengalaman sedia ada dalam bidang logistik bersama pemahaman yang diperoleh melalui penglibatan secara langsung dalam perlumbaan.
Keupayaan menguruskan logistik secara lebih tersusun, termasuk peluang untuk melakukan konsolidasi kargo, turut berpotensi membantu pasukan dan penganjur menguruskan kos dengan lebih efisien.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun serta pengiktirafan International Integrated Logistics Services (IILS) oleh MIDA, FNF Golden Gate Sdn. Bhd. mempunyai asas untuk melihat logistik motorsport bukan sekadar sebagai perkhidmatan sampingan, tetapi sebagai satu bidang khusus yang mempunyai potensi untuk berkembang.
Ini menjadikan FNF Motorsports lebih daripada sekadar sebuah pasukan perlumbaan.
Ia menjadi satu platform yang menghubungkan dunia sukan permotoran dengan perniagaan logistik FNF Golden Gate Sdn. Bhd.
Kerana bagi setiap jentera yang berada di garisan permulaan, ada perjalanan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Dari pelabuhan ke petak grid, logistik adalah antara nadi yang memastikan perlumbaan dapat bermula.
The post Dari Pelabuhan Ke Petak Grid: FNF Golden Gate Sdn Bhd Lihat Sukan Permotoran Sebagai Peluang Baharu Dalam Logistik appeared first on TW Media.


