Dari TVET, Kini Tiga Anak Malaysia Jejakkan Kaki Di Australia

31 May 2025 • 7:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dari TVET, Kini Tiga Anak Malaysia Jejakkan Kaki Di Australia

Setiap individu memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada yang cemerlang dalam bidang akademik, ada pula yang lebih menonjol dalam bidang kemahiran.

Pun begitu, setiap kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya ia datang dari setiap titik peluh dan usaha.

Oleh itu, dengan semangat juang yang tinggi dan usaha yang berterusan, setiap individu berpotensi untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi khususnya dalam kerjaya sama ada di peringkat domestik mahupun global.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @fuad.akmal berkongsi kejayaan tiga lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berjaya menjejakkan kaki ke Australia dalam sektor pekerjaan.

“Ini bukti bila anak Malaysia diberi peluang,”

Dalam hantaran itu, Fuad yang merupakan Agensi Pekerjaan Pansomal Sdn Bhd (Talentac), memaparkan kejayaan dan maklum balas positif yang diterima oleh tiga anak Malaysia menerusi e-mel oleh pihak pengurusan.

“Kira-kira tak sampai dua bulan kerja, majikan telah memuji mereka sebagai fast learner, hard work dan good attitude. Inilah kunci kejayaan sebagai pekerja berkemahiran bagi luar negara,” kata Fuad ketika dihubungi oleh SK.

 

image is not available
Sumber: @fuad.akmal via TikTok

Bermula Dari Bekerja Di Kilang Malaysia, Kini Di Australia

Menurut Fuad, dia memberitahu ketiga-tiga mereka dahulunya bekerja dalam industri pemprosesan makanan di dalam negara.

Melihat peluang terbuka menerusi program pekerja mahir di Australia (Talentac), mereka bertiga nekad untuk menyertainya sebagai langkah untuk mengasah kemahiran serta menimba pengalaman baharu di peringkat antarabangsa.

image is not available
Sumber: @fuad.akmal via TikTok

Katanya, jalan yang dipilih tidaklah mudah lebih-lebih lagi berkelana ke negara orang. Segala proses seperti ujian lisan, proses Visa perlu dilalui dengan ketat untuk bekerja di kilang negara itu.

Luah Fuad, dia menzahirkan rasa syukur terhadap tiga anak muda ini kerana segala urusan mereka dipermudahkan apabila permohonan Visa mereka diluluskan pada bulan Mac yang lalu.

Pada 14 April, mereka berlepas ke Australia bekerja sebagai Mechanical Technician di sebuah kilang di sana.

Tak Sampai Dua Bulan Majikan Puji

Menariknya, kurang dua bulan sahaja diperlukan oleh mereka untuk membuktikan keupayaan yang dimiliki sepanjang bekerja.

image is not available

Lebih manis, pihak majikan Australia turut bermurah hati menaja segala kos perbelanjaan seperti kos Visa, tiket penerbangan, kos logistik dan penginapan mereka.

“Alhamdulillah, hasil kerja keras dan disiplin pekerja mahir Malaysia!” – Fuad

Bukan setakat itu, ketiga-tiga anak Malaysia tersebut diminta oleh pengurus kilang untuk berkongsi ilmu kemahiran yang dimiliki kepada pekerja warga Australia.

Untuk makluman, Talentac merupakan agensi pekerjaan yang berdaftar dalam negara dan berperanan sebagai jambatan antara majikan luar negara dalam proses pekerjaan mengikut kelayakan dan pematuhan piawaian industri dalam pasaran kerja Australia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved