“Daripada Kau Berak Tak Cebok!” – Netizen Malaysia Naik Angin ‘Mat Saleh’ Kecam Wanita Makan Nasi Pakai Tangan

12 Jan 2024 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu bukan warganegara Asia mengecam tindakan seorang wanita yang makan menggunakan tangannya di sebuah lapangan terbang.

Perkongsian individu itu kemudiannya mendapat kecaman hebat terutamanya warga Asia yang sememangnya sinonim dengan budaya makan menggunakan tangan.

Jijik lihat orang lain makan guna tangan

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan dilihat merakam video secara sembunyi dan menulis kapsyen berbaur jijik dan geli.

Anda semua, kenapa wanita sebelah saya ini makan menggunakan kedua belah tangannya. Di kawasan lapangan terbang.

Rasa kurang senang individu itu yang melihat wanita berkenaan asyik menjamah makanan itu bukan sahaja menuai kritikan daripada media barat, malah netizen di Malaysia!

image is not available

Netizen kecam balik

Kalau dah ‘sentuh’ budaya yang sudah menjadi kebiasaan ini, pastinya netizen Malaysia tampil mempertahankan wanita berkenaan dan mengecam individu itu habis-habisan.

Kata netizen, ‘mat saleh’ lebih pengotor dan tidak mementingkan kebersihan diri.

Malah, ada yang membidas individu itu yang bertindak melampau merakam perbuatan orang lain tanpa kebenaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 hours ago

"Kami Utamakan Bahasa Melayu" - Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Dibaca Dalam 'Ringgit' , Ini Penjelasan Rakyat Brunei