Daripada RM90 ke RM150, pelancong terbeban

16 Oct 2026 • 8:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Daripada RM90 ke RM150, pelancong terbeban

ROMPIN – Sudahlah harga tiket feri naik dua kali dalam tempoh setahun, kini perkhidmatan feri yang sering lambat dikhuatiri memberi kesan kepada industri pelancongan di Pulau Tioman.

Difahamkan, awal tahun ini, harga feri pergi balik bagi pelancong tempatan adalah RM90, sebelum naik kepada RM120 dan terbaru kepada RM150.

Ketika ini, harga sehala dari Jeti Teluk Gading ke Tioman adalah RM75 bagi rakyat Malaysia dewasa dan RM 90 bagi warga a­sing dewasa, manakala penduduk Pulau Tioman adalah RM45.

Seorang pelancong tempatan, Mohd. Asyraf Mohammad Razif, 35, berkata, dia bersama empat ahli keluarga ke Tioman minggu lalu mengakui serik dan kecewa dengan perkhidmatan feri itu.

“Sudahlah hanya ada satu operator dengan perjalanan feri terhad, pengangkutan utama itu juga sering mengalami kelewatan hingga meresahkan pengunjung.

“Pengalaman menunggu sehingga lapan jam bersama 33 penumpang lain tanpa apa-apa maklumat mengenai kelewatan buatkan saya dan keluarga berasa seperti diperbodohkan.

“Kami sampai ke jeti pada pukul 10.30 pagi bagi menunggu feri yang sepatutnya bertolak pukul 12 tengah hari, namun sehingga pukul 6.30 petang baru dapat bertolak ke balik ke jeti Teluk Gading menaiki bot laju.

“Tiada maklumat awal menyebabkan kami bagaikan orang bodoh, kalau maklumkan kelewatan bolehlah kami pergi makan dahulu atau sambung lagi penginapan, ini tiada apa-apa maklumat,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Pemilik Salang Resort, Abdul Khalid Mohamad berkata, isu feri yang berlaku memberi kesan kepada pelancongan di pulau itu apabila pelancong semakin kurang dan hadapi kesukaran.

“Ketika ini, hanya ada satu perjalanan feri ke pulau ini sehari, ada kalanya tiada perjalanan terutama pada Sabtu dan Ahad menyebabkan pelancong tidak dapat datang ke pulau.

“Selain itu, kenaikan tiket feri dua kali tahun ini menyebabkan pelancong berfikir dua kali untuk ke sini terutama yang melancong bersama keluarga.

“Baru-baru ini ada pelancong hendak datang ke resort saya sudah membuat tempahan tetapi tiada feri, malah ada yang kata ini pertama dan terakhir datang ke sini gara-gara kecewa,” katanya.

Jelasnya, itu belum lagi ada pelanggan terdiri beberapa keluarga yang membuat tempahan pada pameran pelancongan membatalkan hasrat berpunca kos naik kerana isu tambang feri. – KOSMO! ONLINE

The post Daripada RM90 ke RM150, pelancong terbeban appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved