Belanjawan 2027: Bantuan awal persekolahan naik kepada RM200 setiap murid

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027: Bantuan awal persekolahan naik kepada RM200 setiap murid Image from: Belanjawan 2027: Bantuan awal persekolahan naik kepada RM200 setiap murid sarah09/10/2026 - 16:34 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt -- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid, dengan peruntukan RM1 bilion untuk memanfaatkan 5.3 juta murid bagi sesi persekolahan 2027.

 

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan disalurkan di sekolah bagi membolehkan ibu bapa hadir dan bertemu guru sebagai sebahagian daripada tanggungjawab bersama dalam kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.

 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen.

 

Menurut Anwar, kenaikan itu bermakna keluarga yang mempunyai empat orang anak akan menerima bantuan berjumlah RM800 bagi membuat persiapan persekolahan.

 

Dalam pada itu, kerajaan menyediakan elaun sara hidup RM2,500 kepada pelajar Tingkatan Enam, menyamai kadar elaun pelajar matrikulasi dan dijangka memanfaatkan 90,000 pelajar.

 

Kerajaan turut memperuntukkan RM870 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk lebih 800,000 murid.

 

Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian guru, pengambilan pembantu guru akan diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi dan ditambah secara berperingkat selepas penilaian keberkesanannya dilaksanakan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan kekal menerima peruntukan tertinggi, iaitu hampir RM69 bilion berbanding RM66.2 bilion pada tahun ini.

 

Anwar berkata, kerajaan turut bersetuju menggandakan peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion sebelum ini.

 

Daripada jumlah itu, RM900 juta diperuntukkan kepada sekolah kebangsaan, manakala sekolah jenis kebangsaan Cina menerima RM100 juta dan sekolah jenis kebangsaan Tamil RM50 juta.

 

Beliau berkata, peruntukan bagi sekolah agama rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut dinaikkan kepada RM200 juta.

 

Skop peruntukan berkenaan juga akan diperluas bagi merangkumi bantuan operasi institusi terbabit.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved