‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

11 May 2024 • 10:27 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu majlis perkahwinan.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai majlis tersebut tidak dikongsikan kepada peminat.

image is not available
Pun demikian, kapsyen yang dimuat naik seolah-olah mengiyakan berita tersebut.

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

“Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih,” tulisnya yang mesra disapa Kak Engku.

image is not available

Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang tampil manis berbaju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin sambil diiringi pembawa dulang hantaran.

Pihak SinarPlus turut menghantar WhatsApp bagi mendapatkan pengesahan lanjut, namun belum mendapat sebarang respond daripada tuan punya badan.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai selebriti dan warga maya menitipkan ucapan tahniah buat pemilik nama sebenar Yang Mulia Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin:

‘Tahniah Kakak…Sesenyap je dia…Ni betul ke shootin? Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.’

@raja_azura tahniah, Zura! Alhamdulillah.’

‘So happy for you kakak ku .. Congrats Semoga kekal bahagia dunia & akhirat .’

‘Tahniah kak @raja_azura, Selamat Pengantin Baru. Moga akak temui kebahagiaan sebenar yg di tunggu tunggu, imam terbaik utk bimbing akak ke jalan Akhirat Amin..’

‘Kakakkkkkkkkkkkk .. congrats sygku ❤️ our kak zuris @ kak engku our YM .. @raja_azura bahagia sampai syurga kakak❤️u deserve happiness❤️.’

‘Betul ke ni. Dalam senyap² je tau² ada jodoh. Syukur Alhamdulillah.’

‘Amboiii kak Engku.. cantik sangat ni. Jangan mainkan perasaan kami.’

‘Alhamdulillah…. Syukran ALLAH SWT Amin Ya Rabbal ‘Alamin Tahniah Kak Emgku @raja_azura dan pasanganmu…. Semoga Berbahagia Dunia Akhirat hingga ke Jannatul Firdausi ALLAH SWT… Amin Ya Rabbal ‘Alamin .’

‘Tahniahhhhh moga berkekalan hingga jannah.Aamin❤️.’

Untuk rekod, bekas penyampai radio yang kini berusia 51 tahun itu pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang apabila mengambil keputusan berpisah pada 28 September 2010.

image is not available

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura,19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!