(VIDEO) “Walaupun Anak Kita Orang Pandang Tak Elok, Tapi Bonda Anggap Dia Baik Je” – Ibu Aliff Syukri

10 May 2024 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui satu video yang dimuat naik di laman TikTok, ibu kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita berkata akan sentiasa menyayangi dan kenang jasa anak lelakinya itu.

Sentiasa sayang Aliff

Kata Bonda Rozita dalam video tersebut, biarpun Aliff sering mencetuskan kontroversi, kasih sayangnya terhadap usahawan itu tidak akan berubah.

Telekung ini Syukri kasi, ambik berkat anak kita. Tak baik pada orang, tapi baik pada doa ibunya.

Banyak berjasa

Bahkan, Bonda Rozita tidak dapat menahan sebak sewaktu mengenang jasa Aliff Syukri selama ini untuk dirinya.

Sebak pula saya. Dia WhatsApp pagi tadi dia kata, ‘mak okay ke, sihat ke? Kesian mak, ngeri perjalanan hidup mak’. Dia sedih.

image is not available 1 month ago

"Saya Dah Buat Susah-Susah, Dah Bayar Puluhan Ribu.." - Akui Kecil Hati Dikecam, Aliff Syukri Padam MV 'Love Raya' Demi Ibu