Newswav
Malaysia's #1 Content Aggregator
HomeContact UsAbout UsCareersCreator
  1. Home/
  2. Local/
  3. Dasar Gaji Progresif: 32,000 pekerja nikmati kenaikan gaji sehingga 16 peratus! – Steven Sim

Dasar Gaji Progresif: 32,000 pekerja nikmati kenaikan gaji sehingga 16 peratus! – Steven Sim

LocalBusiness & Finance
4 Dec 2025 • 3:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setakat November lepas, seramai 32,000 pekerja telah menikmati kenaikan gaji sehingga 16 peratus melalui inisiatif Dasar Gaji Progresif (DGP), kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, jumlah itu membabitkan kira-kira 3,000 majikan yang melaksanakan DGP sejak program rintisnya diperkenal pada Jun 2024, dengan keseluruhan insentif berjumlah RM34 juta telah disalurkan.

Dasar Gaji Progresif

image is not available

“Semua pekerja ini telah mendapat kenaikan gaji, dan mereka juga perlu memenuhi syarat minimum latihan 21 jam setahun atau melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu sebagai antara syarat melayakkan pembayaran insentif,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sim menjawab soalan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai kemajuan dan kejayaan DGP setakat ini.

Beliau berkata DGP berjaya menaikkan gaji median pekerja peringkat permulaan sehingga RM300 iaitu 16 peratus kepada RM2,200 berbanding RM1,900 sebelum ini manakala mereka yang sudah berkhidmat lebih 12 bulan menikmati peningkatan gaji minimum sehingga 13 peratus atau RM290 kepada RM2,490 berbanding RM2,200.

Sim berkata, setakat November juga, hampir 6,000 majikan telah membuka akaun dalam sistem Gaji Progresif dan daripada jumlah itu, hampir 4,000 mengemukakan permohonan untuk menyertai inisiatif DGP.

Artikel lain: Suara gig Sabah tak dipinggir! Steven Sim jumpa 1,000 anak muda di Kota Kinabalu

Dasar Gaji Progresif

image is not available

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bilangan pesakit maksimum yang boleh diterima di keseluruhan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ialah 1,630 orang merangkumi 800 di Perak diikuti 500 di Melaka dan 330 di Terengganu.

Sim berkata bagi pusat rehabilitasi di Meru, Perak yang mula beroperasi secara berperingkat pada 22 Julai lepas, seramai 232 pesakit telah menerima rawatan di pusat berkenaan.

Beliau berkata, menjelang pengoperasian penuh pusat itu mulai tahun depan, PERKESO telah bersedia untuk memastikan perkhidmatan rawatan rehabilitasi mampu menampung permintaan golongan pekerja terutama selepas Skim Lindung 24/7 diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

image is not available

Sim menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai status pengoperasian Pusat Rehabilitasi PERKESO di Meru, Perak dan perancangan PERKESO bagi memastikan perkhidmatan rehabilitasi itu dapat menampung permintaan pekerja setelah perlaksanaan Skim Lindung 24/7 PERKESO.

Sebelum ini, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 antara lain bertujuan memperkenal Skim Lindung 24/7 iaitu perlindungan menyeluruh kepada pekerja pada setiap masa termasuk di luar waktu bekerja, yang bakal memanfaatkan hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara.

Sumber: Bernama

View Original Article

Related News & Content

KESUMA rancang bina pusat rehabilitasi pekerja di setiap negeri
2 Views

KESUMA rancang bina pusat rehabilitasi pekerja di setiap negeri

Sinar Harian
Genting Malaysia Tanda Tangani Perjanjian Kolektif Ke-14, Gaji & Faedah Pekerja Ditingkatkan
4 Views

Genting Malaysia Tanda Tangani Perjanjian Kolektif Ke-14, Gaji & Faedah Pekerja Ditingkatkan

Siakap Keli
Pengenalan Skim Lindung 24/7 satu perubahan bersejarah - Steven
2 Views

Pengenalan Skim Lindung 24/7 satu perubahan bersejarah - Steven

Sinar Harian
Syarikat HP Bakal Hentikan Ribuan Pekerja Seluruh Dunia
4 Views

Syarikat HP Bakal Hentikan Ribuan Pekerja Seluruh Dunia

Siakap Keli
Sabah punyai 100,000 pekerja gig
5 Views

Sabah punyai 100,000 pekerja gig

Daily Express
Suara gig Sabah tak dipinggir! Steven Sim jumpa 1,000 anak muda di Kota Kinabalu
2 Views

Suara gig Sabah tak dipinggir! Steven Sim jumpa 1,000 anak muda di Kota Kinabalu

Oh My Media
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Company
  • Creator
  • About Us
  • Editorial Standards
  • Editorial Team
  • Ownership & Funding
  • Corrections
  • Terms of Use
  • Privacy Policy
  • Careers
  • Election Results
Contact
  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Download
  • iOS
  • Android
  • Huawei
Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved