Dasar Pendidikan Tinggi Nasional dikaji semula

Politics
30 Jan 2023 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pendidikan Tinggi di kementeriannya. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional.

Menurutnya, jawatankuasa itu diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan kepadanya.

Beliau berkata, dapatan dan saranan penambahbaikan daripada jawatankuasa itu sangat kritikal atas beberapa sebab.

"Pertama, landskap pendidikan nasional hari ini sudah menjadi semakin ‘multifacated’. Kedudukan dan peranan semua pihak mesti dilihat dan diperkemas semula," kata Mohamed Khaled menerusi ucapan Amanat Tahun Baharu di kementeriannya di sini pada Isnin.

Ujar beliau, segala yang berlaku di sekeliling sama ada wabak kesihatan, perubahan iklim atau krisis tenaga mahupun perang kognitif, secara tidak langsung mengheret kementerian menjadi sebahagian daripada pemainnya.

"Sektor pendidikan tinggi tidak lagi terbatas pada penyediaan graduan yang berkemahiran demi sebuah pasaran kerja atau penyelidikan dengan deretan jurnal impak tinggi nilainya terbatas hanya kepada prestij.

"Atau hanya sekadar menjalankan sebuah perniagaan yang berkisar tentang kelayakan ijazah," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, pendidikan tinggi hari ini jauh lebih kompleks, rumit dan mencabar.

"Maka, kita memerlukan pelan dan strategi yang lebih sofistikated, lestari dan kontemporari.

"Paling penting, kita memerlukan pelan dan strategi yang akan menterjemahkan aspirasi nasional," katanya.

Ujar Mohamed Khaled, dalam menterjemahkan pelbagai dasar dan program nasional, KPT akan bersikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal.

"Ini bermakna, semua misi, pelan dan projek yang ingin kita jayakan dalam sektor pendidikan tinggi negara mesti mempunyai beberapa ciri utama," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved